Assalamualaikum,
Selamat Tengahari.

Pagi semalam encik suami temankan bapak Fiza belikan handphone untuk mak. Balik tu, dia belikan Fiza roti croissant inti coklat pulak. Sebungkus dijual dengan harga RM1.30. Beli pun di kedai runcit je ye.

Actually...

Dari mula menulis sampaila sekarang, Fiza selalu bercerita dengan encik suami tentang perkembangan blog Fiza. Maybe, siapa tahu dia adalah salah seorang silent reader di sini. Kan?

Fiza pernahlah bagitau dia bahawa reviews makanan adalah salah satu jenis blogpost yang mendapat views tinggi di blog Fiza. Tak sangka pulak dia support minat Fiza... dan dari dulu lagi bila ke kedai, pasti ada jugak terselit makanan yang dia rasa Fiza boleh reviews

Siapa tak seronok kan, bila ada orang support apa yang kita minat. Betul tak?

Roti

Jadi, blogpost kali ni Fiza nak kongsikan lah jugak pandangan Fiza mengenai roti croissant chocolate ni. Sedap ke tak? Ke lagi sedap dari yang perisa jagung. Ni second time Fiza makan roti jenama ni tau. Last two weeks, Fiza try yang corn punya. Not bad, sedap! Fiza suka rasanya. Match dengan roti.

First things first, part packaging... Fiza takde masalah lah. Memang menarik. Kalau tak menarik, macam mana nak tarik minat pembeli untuk membelilah kan. Untuk makluman, roti ni tahan lama la jugak. Jadi, sesuai untuk buat bekalan anak-anak ke sekolah... Terutamanya, buat mereka yang tinggal di asrama.

Jenis Roti

Dari segi tekstur roti pun, so far so good. Kiranya, boleh diterima anak tekak la. Part inti pulak, sorry to say... Pada Fiza, lagi sedap yang perisa jagung. Entahla! Coklat dia dahla sikit... Lepas tu macam tak seimbang je rasa roti dengan inti coklatnya... Ke, nasib Fiza dapat inti yang sikit. Mana la tahu. Kan? 

Saiz roti dengan harga pulak, so far berpatutan. Jadi, takde isu la bagi Fiza. 

Kesimpulannya, Fiza bagi 3/5. Fiza lebih suka makan croissant inti jagung jika nak dibandingkan dengan coklat. Rasanya lebih sedap. Inti dia sesuai dengan rasa roti. Takpela, Next time kita try perisa lain pulak. Kita tengok, adakah perisa yang lain tu boleh kalahkan jagung atau coklat.

Walaubagaimana pun, itu cuma berdasarkan citarasa Fiza. Lain orang, lain citarasa. Siapa tahu korang suka perisa coklat ni. 

Korang dah rasa roti jenama croissant ni?