Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Semalam masa lunch, encik suami request  untuk buat ulam. Memandangkan dalam peti sejuk ada kacang bendi yang fresh, Fiza pun buatlah bendi rebus dan sambal belacan sebagai menu tambahan.

Fiza dan encik suami memang suka makan ulam. Selalunya, Fiza akan sediakan ulam untuk makan tengahari... Sebab malam, kami makan menu yang simple sahaja.

Nak buat bendi sebagai ulam, selalunya Fiza akan rebus terlebih dahulu di dalam air mendidih yang telah dimasukkan sedikit minyak masak. Tak perlu banyak pun... Setengah sudu je. Tujuannya adalah supaya ulam tu nanti akan kelihatan fresh dan sedap. Kebiasaannya, Fiza akan rebus 15 minit sebelum waktu makan. Alasannya... Supaya kacang bendi tu still rangup dan masih panas. Barulah ada kick.

Sambal pulak seperti biasa ada belacan, cili dan ikan bilis yang ditumbuk halus. Nak lagi sedap, perasakan dengan perahan air limau dan sedikit ajinomoto. Tak payah letak garam, sebab belacan dan ikan bilis memang dah masin. Dulu Fiza tak reti makan kacang bendi, bila mak Fiza selalu buatkan... Hampir setiap minggu tau. So, Fiza try la jugak. Sedap ke tak? Not bad la jugak.

Resepi
Kacang Bendi in English adalah Okra

Orang kata, bendi bagus untuk lutut.  Alhamdulillah, mak dengan ayah Fiza walaupun umur dah 70 lebih... So far, setakat harini takde lagi mengalami sebarang masalah kesihatan. Sembahyang pun dorang mampu berdiri dengan lama. Bukan nak riak, just nak kongsikan apa rahsianya. Adakah bendi menjadi penyumbang kepada kesihatan dorang?... Wallahu'Alam...

Apa yang Fiza perasan, amalan pemakanan dorang... Banyak makan ulam-ulaman, lauk pun kebanyakannya rebus... Singgang stail, kukus dan bakar. Kita ni pulak, kebanyakannya makan makanan yang bergoreng. Huhu... Bilalah Fiza nak istiqomah macam dorang. Umur dah nak masuk 40an. Eh! Menyimpang pulak cerita Fiza ye.

Baca Juga : Resepi Kacang Bendi Goreng dengan Telur

Khasiat Kacang Bendi

Berbalik kepada point utama. Actually, kacang bendi ni... Walaupun ramai yang tak suka makan dengan alasan tak boleh nak terima rasa lendir dia tu... Tahukah korang, terdapat banyak khasiat yang terdapat pada kacang bendi ni tau. Haaa... Antaranya :-

Pertama, ia melibatkan kebaikan kacang bendi kepada wanita, terutamanya kepada ibu hamil... Di mana, Kandungan vitamin A, vitamin B (B1, B2, B6) dan vitamin C yang tinggi serta kesan zink dan kalsium bendi, menjadikannya sayuran yang ideal untuk dimakan semasa kehamilan. Kacang bendi juga berfungsi sebagai suplemen untuk serat dan asid folik. Ini membantu mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan juga boleh menghentikan sembelit semasa kehamilan.

Selain itu, Serat larut yang terkandung di dalam bendi juga boleh membantu pesakit kencing manis kerana keupayaannya untuk memastikan paras glukosa darah stabil, ia mempengaruhi cara gula diserap dalam usus. Dalam kajian 2011 yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Pharmaceutics, penyelidik merendam buah bendi yang dihiris dalam air dan kemudian memberi tikus penyelesaian melalui tiub suapan gastrik. Kumpulan kawalan tidak diberi larutan ini. Para penyelidik mendapati bendi membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa dan seterusnya mengurangkan paras gula dalam darah pada tikus yang dirawat.

Selain itu, Mengambil walaupun sedikit buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C, seperti bendi (21 miligram setiap cawan), boleh mengurangkan gejala asma. Kajian pada tahun 2000 yang diterbitkan dalam jurnal Thorax mendapati pengambilan buah sitrus atau kiwi memberikan kesan perlindungan yang tinggi terhadap gejala berdehit pada kanak-kanak.

Kemudian, bendi bukan sahaja menggalakkan kesihatan penghadaman yang baik, tetapi juga tahap kolesterol yang baik kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat larut boleh larut dalam air dan ianya terurai dalam saluran pencernaan. Di sana, ia juga mengikat kolesterol dalam makanan lain supaya ia boleh dikumuhkan bersama dengan bahan buangan lain.

Menurut Penerbitan Kesihatan Harvard. Bendi juga membantu menurunkan kolesterol dengan menggantikan semua makanan yang kita makan dengan paras lemak dan kolesterol tinggi. Bendi tidak mengandungi kolesterol dan hanya sedikit lemak.

Kandungan vitamin C yang kaya dan komponen antioksidan bendi juga berfungsi sebagai penggalak imun yang baik terhadap radikal bebas yang tidak selamat, di samping menyokong sistem imun. Vitamin C merangsang sistem imun untuk mencipta lebih banyak sel darah putih, yang mana boleh membantu melawan patogen dan bahan asing lain dalam badan.

Makan bendi secara kerap juga boleh membantu untuk mencegah penyakit buah pinggang. Kajian 2005 yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Jilin mendapati pesakit yang makan bendi setiap hari mampu mengurangkan tanda klinikal kerosakan buah pinggang lebih daripada mereka yang menjalani diet diabetes. Ini membantu kerana hampir separuh daripada kes penyakit buah pinggang berkembang daripada diabetes.

That it's...

Kesimpulannya, Banyak kan kebaikan yang terkandung di dalam kacang bendi? Cuma tak ramai yang suka makan bendi. Macam dalam keluarga Fiza pun, ada jugak adik-beradik yang tak boleh telan kacang bendi. Katanya, tak suka lendir yang ada pada kacang bendi. Macam Fiza, lebih suka makan bila dibuat ulam sahaja. Korang pulak bagaimana?

#SayuranBerkhasiat
#UlamKacangBendi
#SambalBelacanUntukKacangBendi

Rujukan :
Medical daily