Assalamualaikum 🖤,
Ovaltine Crunchy Pop merupakan aiskrim terbaru keluaran wall's. Sekarang ni, ianya menjadi trending di media sosial mahu pun di stesen televisyen. Biasalah, untuk melariskan jualan sesuatu produk... Kenalah ada pengiklanan. Kalau tak, orang tak kan tahu akan kewujudan sesuatu produk tu.
 
Anak-anak Fiza pulak, bila dah tengok iklan di tv... Confirm! Dorang pun nak. Last weeks masa tengok tv, kebetulan iklan aiskrim Ovaltine muncul... Laju-laju Kak Alia dan Kak Ain bagitau ayah dorang. 
 
Esok ayah balik bolehla belikan aiskrim Ovaltine.
 
Ala... Ayah, nanti bolehla mak buat reviews di blog kalau ayah beli.
 
Amboi! Ayat sangat mengampu. Haha...
 
Encik suami dan anak-anak cukup menyokong minat Fiza. Pantang ada isu baru atau produk makanan baru, pasti di war-warkan. Alhamdulillah, at least ianya menjadi pembakar semangat kepada Fiza untuk teruskan minat berkongsi cerita dan maklumat di sini. 
 
Nak dijadikan cerita, semalam encik suami belikan aiskrim ni. Actually, Fiza dan encik suami takdelah akan tunaikan permintaan dorang on the spot bila mintak. Sekurang-kurangnya ambik masa seminggu dua jugaklah. Biarlah dorang belajar erti sabar... Dan tak semua kehendak kita boleh dapat serta-merta. Alhamdulillah, mereka cukup memahami dan tak pernah nak memaksa. 
 
So far, kemain suka bila dapat aiskrim. 

Keluaran Wall's terbaru

Reviews Aiskrim Ovaltine Crunchy Pop Wall's

Alang-alang dah bercerita mengenai aiskrim ni. Nak jugak share pendapat peribadi tentangnya.
 
First things first, ianya dijual dengan harga RM3.50 sebungkus. Standard la kan, aiskrim zaman sekarang. Then untuk packaging, so far takde masalah. Memang cantik dan senang untuk dibuka. 

Senang didapati. Encik suami beli di kedai runcit biasa je yea.

Keluaran Wall's terbaru

Part rasa pulak, bila digigit bahagian topping diluar dia... Serius! Memang rangup. Crunchy gitu. Agak manisla jugak. Fakta ye, jarang kita jumpa aiskrim tak manis... Kecuali buat sendiri. Sesekali makan bolehla.
 
Bahagian dalam pulak, ianya terdiri daripada gabungan Ovaltine white malt Dan Ovaltine. Rasanya creamy. Sedap! Walaupun Fiza bukanlah penggemar air minuman Ovaltine, tapi bila ditranformasikan ke dalam aiskrim. Not bad. So far so good.
 
Rasanya lebih sedap daripada aiskrim Cornetto Love Rose, tapi still tak boleh nak melawan rasa aiskrim unicornetto. Hehe...
 
Tu berdasarkan citarasa Fizalah ye. Lain orang lain citarasa. Betul tak? Jadi, kesimpulannya... Fiza bagi 4 bintang / ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk aiskrim Ovaltine Crunchy Pop!
 
#AiskrimWalls
#OvaltineCrunchyPop