Assalamualaikum 🖤,
Jiwa yang kau puja, kesinambungan daripada The Hotel 1. Dalam episod akhir iaitu episod 24 The Hotel 1, Sean dan Raisa mati akibat kena tembak dengan Tengku Adam. Adakah mereka benar-benar mati?. Kematian mereka turut disiasat. Kegiatan Akash menjual barang larangan juga turut terbongkar. Haziq muncul menganggu Dr. Firhani. Kemudian, muncul pulak seorang wanita yang mana rupa parasnya sama macam Maya. Umar dan Umaira tergamam dan episod 24 berakhir di situ.

Megadrama Terbaru
Sumber dari Instagram Bambam_Studios

Episod 1, The Hotel 2

Manakala dalam episod 1 The hotel Siri 2 semalam, ramai yang terkejut dengan kemunculan seorang wanita seiras arwah ibu Raisa iaitu puan Maya. Dia adalah Cik Tania, manager hotel yang baru. Adakah dia betul-betul Cik Tania? Atau memang Maya. Hurmmm... Macam drama Korea Penthouse pulak dah. Mati hidup semula. Kan? Tapi, itu hanyalah andaian Fiza sahaja.

Kemudian...

Dalam masa yang sama jugak, muncul watak Haziq bekas tunang Dr. Firhani. Lakonan Syazwan Zulkifly. Dia seorang yang panas baran. Dr. Firhani nampak sangat risau apabila Haziq asyik menganggunya. 

Setiap kali breakfast, Dr. Firhani jugak turut terserempak dengan Adry ( Dini Schatzmann ) sehingga satu masa dia ceritakan masalahnya kepada Adry. Pada Fiza, Adry sejenis lelaki yang pandai mengorek rahsia dan membaca air muka orang. Namun, dia belum ada teman wanita. Dia pernah menyukai Julia dalam The hotel 1. Namun, apakan daya... Julia memilih untuk  bersama dengan Jamal, bekas suami kepada puan  Hanisa dan ayah kepada Umaira.

Dalam episod semalam jugak, Akash turut mengaku dengan Umar yang dia memang menjual barang terlarang. Disebabkan hal tersebut, Umar membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan perniagaannya bersama Akash. 

Akash juga seorang yang suka usha perempuan. Antara perempuan yang selalu diayatnya adalah Marsha, tunang Arman dan jugak Dr. Firhani. Dr. Firhani agak dingin dengan Akash.

Suatu hari ketika Dr. Firhani tengah bersarapan di luar hotel, Akash cuba mendekati Dr. Firhani. Namun, Dr. Firhani cuba mengelak. Dalam masa yang sama muncul seorang lelaki sedang memerhati mereka dan memegang pisau. Siapakah orang tu? Adakah Haziq? Adry? Atau Cik Tania? ( Nampak macam lelaki ).

Kemudian, Final part semasa Dr. Firhani sedang bersenam... Tiba-tiba dia melihat sekujur tubuh Akash yang tidak sedarkan diri terbaring tidak jauh daripada tempatnya bersenam. Dr. Firhani terkejut... Dan episod 1 berakhir disitu. Nak tahu apakah yang terjadi sebenarnya, kenalah tengok episod 2 malam ni okeh!.

Kesimpulannya, untuk Siri 2 ni belum dapat catch-up lagi... Siapa psiko dalam cerita ni. Yang nyata, ada dua watak digambarkan sebagai seorang yang panas baran. Umar dan Haziq. Boleh jadi mereka suspek utama pembunuh Akash. 

Tapi tak mustahil jugak Adry. Nampak baik, tak bermakna ok. Mana tau, dalam diam-diam dia sukakan Dr.Firhani. Then, bila dia ternampak Dr.Firhani dengan Akash terus rasa nak bunuh. Yelah! Siapa je yang selalu terserempak dengan Dr.Firhani masa sarapan... Kalau tak dia. Kekadang orang yang takde teman hidup ni pun boleh jadi ada masalah mental right... 

Atau...

Dr. Firhani sendiri. Maybe ada masalah mental, al-maklumlah dia tiba-tiba resah gelisah bila Haziq mulai muncul kembali dalam hidupnya... Pun boleh jadi punca dia mengalami tekanan mental. Betul tak? Dia pun tak berapa suka dengan Akash. Selalu skeptical dengan Akash... 

Banyak betul kan, andaian Fiza. Hakikatnya, drama ni buatkan kita tertanya-tanya. 

#MegadramaAstroRia
#JiwaYangKauPuja