Drama Terbaru Menggantikan Derita Untuk Bahagia Di Slot Tiara Astro Prima | Drama Derita Untuk Bahagia telah pun melabuhkan tirai episod terakhirnya petang Jumaat lepas.

Untuk makluman, drama yang bakal bersiaran selepas drama tersebut adalah drama berjudul 'Suara Hati'.

Ia merupakan drama adaptasi novel 'Suara Hati' karya novelis Anis Ayuni. Menampilkan para pelakon seperti Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama. Drama terbitan Global Station dibawah arahan Emy Suffian ini juga akan bersiaran selama 13 episod. Episod pertama akan mula disiarkan pada Isnin, 19 Julai 2021 nanti.

Slot tiara

WAKTU SIARAN DRAMA BERSIRI 13 EPISOD SUARA HATI

Suara Hati bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105) dalam slot Tiara.

WATAK PELAKON DALAM DRAMA SUARA HATI

Syafiq Kyle sebagai Harris
Hanna Aqeela sebagai Hani
Aidil Aziz sebagai Naim
Zera Hariz sebagai Suraya
Afzan A Rahman sebagai Amir
Qistina Khaled sebagai Sarah
Syahir Shafein sebagai Ramzi
Liza Rafar sebagai Sha
Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty
Shah Rezza sebagai Jo

LAGU TEMA (OST) SUARA HATI

Lagu: Biar Aku Simpan
Artis: Bimasakti feat Oktovia Manrose
Komposer: Jim Bimasakti
Lirik: Harris Yusof

SINOPSIS SUARA HATI

Mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri.

Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan.

Harris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim. Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani. Adakah Hani menerima Harris dalam hidupnya?

Nota Kaki : Novel ni di published pada tahun 2002. Agak lama jugak ye novel ni. Ramai yang reviews kata jalan cerita novelnya menarik. Novelnya hanya mengandungi 336 mukasurat dan dijual dengan harga RM13.90 sahaja. Agak nipis jugakla novelnya. In Shaa Allah, Jika berpeluang bolehla menonton dramanya untuk mengetahui menarik atau tidak setelah diadaptasikan ke dalam drama. Kan?

#SlotTiara
#SuaraHati
#AstroPrima105