Ayat-Ayat Halal merupakan drama bersiri terbaru Malaysia yang dah pun mulai disiarkan beberapa hari lepas di TV2.

Ia merupakan drama adaptasi novel 'Ayat-Ayat Halal' karya Syamnuriezmil yang mana nenampilkan gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa. 

Drama yang mempunyai 26 episod ini juga merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd, arahan MP Roslin dan mula bersiaran pada 2 Julai 2021 setiap Isnin Hingga Sabtu jam 8 malam di TV2. Berikut ringkasan maklumat mengenainya.

Drama TV2 2 Julai 2021
Sumber dari facebook

JUDUL : AYAT-AYAT HALAL
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 2 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Sabtu, 8:00 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : MP Roslin MD Shariff
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Nadiya Nisaa, Razak Ahmad, Chiwan Chilok, Mia Nasir, Fikhree Bakar, Shah Rezza, Fadilah Mansor, Lan Siro, Adam Malek

LAGU TEMA (OST)

Aizat Amdan - Dup Dup 

Dari Ampang
Singgah sebentar pergi Damansara
Kopi dulu di Taman Tun

Hujung minggu
Indah rasa berduaan dengan mu
Minta izin mama dahulu

Dari dahulu
Kau lah yang ku tunggu

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu
Dup dup jantungku
Dup dup jantungku

Mencari cinta jangan dikejar
Jangan terburu-buru
Kenali hati dahulu

Hujung minggu
Tiada lagi rasa sepi
Kini ditemani ku happy kau kekasihku

Percayalah padaku
Kau slalu di mindaku
Kau bunga di hatiku

Dari dahulu
Kaulah yang ku tunggu

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu
Dup dup jantungku

Semalam punya story sedang hirup nikmat kopi
Layan dengan roti disapa dengan emm sorry
I rasa ni barang you masa bayar bill tadi
Kenapa duduk sorang boleh kita chill sekali

Wooo tak kesah dia asal mana
Yang ku nampak dia sangat ada gaya
Siapa tak tertarik dengan rupawan yang gentleman
Nampak menarik rupanya melayu Netherland

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu

Dup dup jantungku berdegup
Bila ku memandang cantiknya kamu
Saat pertama
Ooh ooh u say “I miss you”
Lidah ku kelu dan aku menunggu
Dup dup jantungku
Dup dup jantungku
Dup dup jantungku

SINOPSIS AYAT-AYAT HALAL

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.

Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul!

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!

WATAK PELAKON

Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez
Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani
Razak Ahmad sebagai Pak Ayop
Chiwan Chilok sebagai Hazmon
Mia Nasir sebagai Murni
Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan
Shah Rezza sebagai Pak Ali 

Nota Kaki : Daripada reviews para pembaca novelnya... Ramai yang kata, novelnya best. Malah mereka memberikan rating yang tinggi untuk novel tersebut. Adakah dramanya juga begitu. Kenalah tunggu waktu siarannya setiap Isnin hingga Sabtu, Jam 8 malam di TV2. Okeh!

#DramaTV2
#AyatAyatHalal