Info Dan Sinopsis Di Atas Landasan TV3

Di Atas Landasan | Untuk mereka yang meminati slot Cerekarama, Sabtu ni 19 Jun 2021 jam 10 malam di TV3... Akan disiarkan sebuah lagi telefilem berjudul 'Di Atas Landasan', yang mana pelakon utamanya adalah Idris Khan dan Syerinie Myra.

Kemudian, ia juga turut dibintangi oleh para pelakon lain seperti Ebi Kornelis, Dato Jaafri, Meen Liashine, Linda Willie dan Veonna Lav.

Cerekarama TV3, 19 Jun 2021
Sumber Dari Facebook

SINOPSIS DI ATAS LANDASAN

Drama di bawah arahan Khalil Hj Saleh bersama produksi Mirnaz Studio Sdn Bhd ini mengisahkan tentang pertemuan di atas landasan keretapi, telah membuatkan Rumi dan Julia bercinta. Walaubagaimana pun, hubungan mereka telah mendapat tentangan daripada keluarga.

Julia merupakan seorang anak jutawan di Sabah. Manakala, Rumi pula datang dari keluarga biasa yang mengusahakan tanaman sayur di Kundasang.

Apakah tentangan yang mereka bakal hadapi? Bersatukah cinta mereka walaupun berbeza darjat?

Nantikan Sabtu ni, jam 10 Malam. Semestinya di slot Cerekarama TV3.

#SlotCerekarama
#DiAtasLandasan

Nota Kaki : Overall, nampak gayanya drama ini berlatarbelakangkan kisah Cinta antara 2 darjat. Kan?

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Balasan
    1. Tu la, macam best. In Shaa Allah, kalau tak ngantuk awal malam ni boleh layan. 🤭

      Padam
  2. Tak layan lagi drama, klo start layan melekat depan tv

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Kalau dah layan, then jalan cerita best... Confirm melekat. Tapi, Fiza selalu best on first day or first weeks tayangan punya netizen reviews. Kalau best, baru layan. 🤭

      Padam
    2. kalau AD drama melayu ni best memula je..da start masuk konflik semua da tak layan, mula penuh emosi hahaha

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com