Apakah Perkembangan Blog Yang Di Alami Dari Dulu Hingga Sekarang?

Alhamdulillah dari tahun 2011 hinggalah sekarang, Fiza masih lagi setia menulis blog. Dulu, masa mula-mula menulis blog Fiza tak pernah pun terfikir tentang bagaimana hendak menjana pendapatan daripada blog. Pendek kata, masa tu menulis hanya untuk suka-suka. 

Walaubagaimana pun, dari awal pembangunan blog lagi Fiza dah pilih tema lifestyle blogger untuk blog Fiza. Di mana, perkongsian blog post Fiza terdiri daripada pelbagai maklumat dan kisah seperti maklumat keibubapaan, pendapat peribadi tentang produk, rancangan tv, isu semasa dan sebagainya. Pendek kata, ada pelbagai variasi maklumat dikongsikan di sini.

Perubahan Blog Dalam Menjana Pendapatan

Mula-mula dulu, ramai blogger yang memperolehi pendapatan daripada Nuffnang. Setelah melihat kejayaan rakan-rakan lain menjana pendapat dari blog, Fiza mulai serius dalam dunia blogging. Fiza ubah pendirian. Menulis untuk berkongsi ilmu dan seterusnya menghasilkan pendapatan.

Alhamdulillah, berkesempatan juga merasai duit hasil daripada pengiklanan Nuffnang sepanjang tahun 2011 sehingga 2020. Bila blog mulai menghasilkan pendapatan. Fiza semakin bersemangat untuk menulis, sehinggalah suatu hari Fiza berjaya untuk memohon Google AdSense. Kata orang jika betul dengan cara, blog boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan daripada google AdSense. Doakan Fiza yeah! 

Tapi, untuk memperolehi pendapatan daripada google AdSense bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak polisi yang kita kena ikut sekiranya mahu kekal dengan google AdSense.

Pencapaian
Sumber dari reliablesoft.net


Job Blog Post Untuk Promosi Jualan/Perkhidmatan

Selain itu, semakin hari blog juga semakin mendapat tempat di hati para usahawan. Ramai yang menggunakan perkhidmatan para blogger ataupun influencer untuk mempromosikan perniagaan mereka. 

Ini terbukti dengan laporan yang dibuat oleh laman emarketer, di mana 67.9% pemasar Amerika Syarikat akan menggunakan pemasaran influencer untuk kempen berbayar atau belum dibayar tahun ini. Itu bermakna, pemasaran influencer dilihat begitu penting untuk sekarang dan masa akan datang. Betul tak?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laporan tersebut, bolehla layari laman emarketer. Okeh!

Fiza sendiri pun pernah berpeluang untuk bekerjasama dengan beberapa buah syarikat bagi pempromosikan produk mereka seperti bahagian perhotelan, perkhidmatan, E-dagang dan sebagainya. 

Bagaimanakah ianya berlaku?

#1. Langkap pertama, Promosikan blog
Sebagai blogger, kita kenalah rajin menonjolkan diri dengan mempromosikan blog kita di platform media sosial yang lain seperti Twitter, Facebook, Instagram dan Youtube. Apabila blog mula dikenali, pasti akan ada syarikat yang akan menawarkan kerjasama untuk mempromosikan produk mereka di blog kepunyaan kita. 

#2. Menulis dan kongsikan di akaun media sosial yang lain
Kemudian sebagai penulis blog pula, tugas kita seterusnya adalah untuk menulis blog atau merakam ulasan video yang memaparkan maklumat produk yang diberi oleh client. Pautan affiliate yang dibuat juga mampu melonjakkan jualan produk apabila ianya turut dikongsikan di setiap platform media sosial blogger yang lain. Seperti yang kita sedia maklum, setiap platform media sosial pula mempunyai pelbagai pengaruhnya yang tersendiri.

Tidakkah itu nanti akan mengguntungkan kedua-dua belah pihak. Betul tak?

Pendek kata dari mula menulis blog hinggalah sekarang, ternyata banyak perubahan dan peluang yang ada sebenarnya untuk kita menjana pendapatan. Apa yang penting, kita kena rajin berusaha dan menggunakan kemudahan media sosial yang lain semaksimum yang mungkin. 

Fiza suka baca perkongsian yang dibuat oleh MIKE SHERBAKOV tentang pandangannya mengenai influencer kini dan 5 tahun akan datang. Dia seorang yang begitu positif dan menjadi inspirasi ramai orang, lebih-lebih lagi dalam bidang keusahawanan dan pandangannya terhadap influencer dalam tujuan membantu pemasaran. Pendek kata, dia memberi tips bagaimana seorang influencer boleh berjaya dari kaca mata dia sebagai seorang usahawan. Sangat menarik perkongsiannya! 
 
Doakan Fiza yeah, semoga Fiza terus berjaya dalam dunia blogging. Mungkin, suatu hari nanti Fiza juga seperti MIKE SHERBAKOV. Siapa tahu kan. Berangan itu Percuma. Tak salahkan. ☺️🤭

Hakikatnya mahu membina kerjaya sebagai blogger bukanlah satu kerja yang mudah. Fiza tak pasti, sampai bila Fiza boleh bertahan sebagai blogger. Apa yang pasti, selagi ada peluang Fiza akan cuba rebut peluang tersebut.

Ada yang bertanya terutamanya ahli keluarga sendiri, cukupkah pendapatan hasil daripada menulis blog? Sebenarnya dengan nilai yang sedikit itulah Fiza dapat menjalankan bisnes kecil-kecilan. Alhamdulillah, cukup untuk berbelanja barang dapur rumah. Sekurang-kurangnya bolehla bantu encik suami. Kan?

Cukup atau tidak, ia dinilai bukan pada besar atau kecilnya pendapatan. Bersyukur dengan rezeki yang diberi, InsyaAllah akan dicukupkan oleh Allah apa yang kurang. Bagaimana kita mengurus perbelanjaan dan menguruskan kewangan dengan baik itulah yang paling penting. 

Apa-apa pun, untuk mencapai sesuatu matlamat kenalah berusaha, doa dan tawakal. In Shaa Allah, Allah tak akan zalim terhadap hamba-hambanya.

#blogger
#bloggermalaysia

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Perkongsian yang menarik

    BalasPadam
  2. K ret pun blog suka2.. If kebetulan rezeki ada kat adsence tu alhamdulilah sgt.. Dulu kat nuffnang pun pernah gak merasa hasilnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah Kak Ret, akan ada rezekinya Kak Ret. Apa yang penting sabar dan teruskan menulis. Fiza suka baca blog Kak Ret. Cuma sejak akhir² ni bila anak² dah start PdPR, Fiza tak berkesempatan lagi untuk blogwalking.

      Padam
  3. Yeahh . Semakin lama semakin best berblogging . Dlu tjebak dunia blog ats dasar suka tulis diari . Berkekalan sehingga sekarang kongsi apa yg patut .

    Cumanya belum berjaya lgi nk proses adsense . Fikir2 tahun ni nk upgrade blog pakai domain . Tpi kena study sikit2 ..xberapa nk pandai bab domain ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah, one day pasti lulus jugak Adsense CCL. Mudah-mudahan hendaknya.

      Bab domain, so far Fiza deal dengan netKL. Semua dorang yang tolong aturkan domain. Tinggal bayar je. Hehe...

      Padam
  4. semoga terus maju dan sukses dalam dunia blogging kak fiza! :D

    BalasPadam
  5. busyra lama dh tak tulis. hampir 3 bulan.. smalam baru start semula.. btw nice sharing! nk brjaya kunci utama kena rajin update blog!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Busyra, yang penting sentiasa ada minat. Kan?

      Betul tu, kunci utama untuk berjaya adalah kena rajin.

      Padam
  6. Semoga blog kak fiza terus makin maju! Saya pun nak berjaya dengan blog, in shaa Allah :)
    Berangan tak salah kan kak fiza hehehe, tapi seiring dengan usaha, in shaa Allah boleh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin... Mudah-mudahan hendaknya kita sama-sama berjaya dalam dunia blogging.

      Ha'ah Kan. Berangan tak Salah. Apa yang penting kena seiring dengan usaha.

      Padam
  7. Semoga terus berjaya dalam dunia blogging, Kak Fiza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Terima kasih Jannah. Akak doakan Jannah jugak semoga terus berjaya dalam dunia blogging.

      Padam
  8. dah lama juga fiza berblogging sejak 2011, sama lah dengan kita jugak. btw, apa yang fiza cakap semua tu betull,, ni pun tak tahu sampai bila nak blogging tapi sejak ada domain sendiri ni kot jadi penguat semangat hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah lama. Tapi, dulu memang tak serius jana. Baru la ni nak serius. Haha... Lambat kan.

      Betul tu, tak tau sampai bila. Selagi ada semangat In Shaa Allah selagi tu la kot. Kan?

      Padam
  9. Doakan semoga rabia dpt cash out AdSense tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah, apa yang penting kena sabar. Akak pasti Rabia boleh cashout nanti. Aamiin...

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com