Info Dan Sinopsis Kekasih Hati Mr Bodyguard Lestary TV3

Kekasih Hati Mr Bodyguard | Drama terbaru di slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama Kisah Cinta Rumi.

Ia merupakan sebuah drama adaptasi novel 'Kekasih Hati Mr Bodyguard' karya Ateen Khalid. Menampilkan gandingan baru Redza Rosli dan Sharifah Rose. Drama ini juga merupakan drama terbitan Creative Skill Solution, diarahkan oleh Nizam Zakaria. Bakal menemui penonton pada 15 Mei nanti. Berikut sedikit ringkasan info mengenainya.

JUDUL : KEKASIH HATI MR BODYGUARD
EPISOD :  20
TARIKH TAYANGAN : 15 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Rabu–Sabtu, 9.00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Ateen Khalid
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Creative Skill Solution
PELAKON : Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny, Sara Jasmin, Munir, Karl dan Aishah Atan

Lestary TV3
#kekasihhatimrbodyguard

WATAK PELAKON KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
Ungku Hariz sebagai Naim
Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
Lisdawati sebagai Puan Latifah
Shasha Abedul sebagai Najwa
Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
Putera Karl sebagai Umar
Ezzanie Jasny sebagai Lola 
Munir sebagai Nizam

SINOPSIS KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Drama ini mengisahkan tentang Hana Aralyn yang sedang menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. 

Akhirnya...

Aralyn berjumpa dengan Hadif, di mana dia dah pun menjadi penternak kambing di kampungnya. 

Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. 

Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. Apakah rahsia tersebut? Adakah Aralyn berjaya mengorek rahsia itu dan apakah reaksinya setelah mengetahui perkara sebenar.

REVIEWS NOVEL KEKASIH HATI MR BODYGUARD 

Daripada reviews pembaca novel tersebut, ternyata jalan cerita novelnya sangat menarik. Ramai yang bagi feedback yang positif. Malah rate yang diberi pun tinggi sekitar 4@5/5. Contohnya reviews yang dibuat oleh salah seorang pembaca ni...
Kalau kita tengok pada tajuk, mesti fikir ianya totally kisah cinta kan. But no. Ia ada diselitkan kisah-kisah aksi. Sebab tulah aku berminat untuk beli dan baca.

Kisah Aralyn yang dikehendaki oleh ayahnya, Dato' Yusof untuk mencari Hadif Akasyah setelah Dato'Yusof terlibat dalam kemalangan. Dato Yusof menyatakan bahawa Hadif mengetahui punca kemalangan itu.

Aralyn mencari Hadif di Perak setelah mendapat alamat daripada ayahnya. Akan tetapi sikap Hadif terlalu dingin. Seperti yang dinyatakan ibu Hadif, setelah pulang ke kampung 2 tahun lalu, Hadif seakan menyimpan suatu rahsia. Daripada seorang bodyguard berubah kepada pengembala kambing. Must there is something happened. Cumanya Hadif terlalu berahsia walau dengan ibunya sendiri.

Apa yang terjadi 2 tahun lalu hingga Hadif pulang ke kampung? Yang itu korang kena baca sendiri. Kalau aku cerita semua, spoil la kan. Setelah Aralyn berada di kampung banyak hal2 telah terbongkar hinggakan mereka mendapat jawapan untuk kes 2 tahun lalu.

Aku suka dengan jalan cerita novel ni. Smooth aje. Bagi aku padat. Tiada part2 yang buat bosan saat membaca. Aku rasa gaya penulisan Ateen Khalid ni sangat2 menarik minat aku. Hope akan ada lagi genre sebegini daripada beliau. Sumber | goodreads
Macam menarik kan jalan ceritanya. Sejauh mana tarikannya, bergantung kepada pelakon yang melakonkan kisahnya. Apa-apa pun, tunggu masa tayangannya nanti pada 5 Mei 2021.

Selamat menonton yeah! 

#SlotLestaryTV3
#KekasihHatiMrBodyguard

Catat Ulasan

0 Ulasan