Drama Kisah Cinta Rumi, Lestary TV3

Drama Kisah Cinta Rumi, Lestary TV3

Assalamualaikum.
Selamat Petang.

Kisah Cinta Rumi | Sebuah lagi drama bersiri 13 episod bakal disiarkan bermula pada malam ini, 24 April 2021 bagi menggantikan drama Convid Oh Convid, di slot Lestary TV3.

Drama arahan Idora Abdul Rahman, diterbitkan oleh Creative Skill Solution ini juga turut menampilkan gandingan baharu Khai Bahar, Riena Diana, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan sebagai pelakon utama. Berikut adalah ringkasan info mengenai drama ini.

Slot Lestary TV3

JUDUL : KISAH CINTA RUMI
EPISOD : 13
TARIKH : 24 April 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Raja Azidah Raja Jaafar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Creative Skill Solution
PELAKON : Khai Bahar, Riena Diana, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Cahaya Nilam, Noniswara, Louisa Alissa Chong dan Gen Darwish.

Watak Pelakon Dalam Kisah Cinta Rumi

Khai Bahar sebagai Mika
Riena Diana sebagai Runi
Sharifah Rose sebagai Zahra
Hariz Hamdan sebagai Zafril
Dynas Mokhtar sebagai Haniza
Cahaya Nilam as Raihana 
Gen Darwish sebagai Addin

OST Drama

Lagu : Hilang Gelita
Penyanyi : Khai Bahar
Komposer : Khai Bahar
Lirik : Rozisangdewi

Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi

Kisah Cinta Rumi mengisahkan tentang Mika yang telah dibesarkan di Chow Kit. Dia sering menghabiskan masanya di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal.

Mika juga telah diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya dengan apa jua cara sekali pun tak kiralah halal atau haram.

Manakala, Runisa atau Runi pula seorang gadis baik berumur 23 tahun, dan sering tidak sependapat dan tidak setuju dengan ibu serta kakaknya yang sangat pentingkan status dan kedudukan.

Pada suatu hari, satu pertemuan yang tidak disangka telah menemukan Mika dan Runisa sehingga timbul bibit-bibit cinta antara mereka.

Akan tetapi ibunya, Puan Haniza tidak bersetuju dan tidak menerima ikatan hubungan Runi dengan Mika. Puan Haniza berusaha untuk memisahkan mereka berdua.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Apa yang terjadi kepada ikatan cinta antara Mika dan Runi? Sama-sama kita tunggu masa tayangannya pada malam ini jam 9 Malam yeah!

#SlotLestaryTV3
#KisahCintaRumi

Sumber | Facebook

Catat Komen

3 Ulasan

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com