Pemeriksaan Kesihatan Nur Dhia Setahun Sebulan

Assalamualaikum.
Selamat Tengahari.

Checkup Bayi Setahun Sebulan Di Klinik Kesihatan | Kisah semalam, baru harini berkesempatan untuk update. Sesekali, selit kisah anak... Pun best jugak. ðŸĪŠðŸĪ­

Semalam Fiza bawak Dhia untuk checkup mengikut tarikh temujanji yang telah ditetapkan. Seperti kebiasaan, Fiza lebih suka pergi belah petang untuk elak ramai orang. Sampai je, nampak takde orang lagi. Alhamdulillah, rezeki dipermudahkan urusan. Tak sampai sepuluh minit duduk, terus kena panggil dengan nurse yang handle bahagian tempat tinggal Fiza. Yeah! Di KK tempat Fiza tinggal, dorang dah bahagikan pesakit mengikut kawasan tempat tinggal. Kemudian, setiap satu kawasan akan diuruskan oleh seorang jururawat. So, tiap kali checkup... Tiap kali tula kita akan jumpa jururawat yang sama.

Pada Fiza, bagus jugak macam tu. Bukan sahaja urusan pentadbiran dan dokumentasi dorang sahaja yang mudah dan cepat. Malah, urusan para pesakit pun mudah. Yelah! Jumpa orang yang sama setiap kali checkup, pastinya akan membuatkan kita lebih selesa... Lebih-lebih lagi bagi ibu yang mengandung. Kan? Seriously, macam Fiza last year. Bila ke klinik je, confirm! Darah gemuruh datang... Apalagi, naiklah tekanan darah. Hahaha... Tapi, kalau checkup jumpa nurse yang sama... Mungkin takdelah gemuruh sangat kot. Ye tak?

Eh! Menyimpang pulak...

Apakah Yang Akan Nurse Buat Pada Bayi Semasa Pemeriksaan Setahun Sebulan?

Okeh! Semalam... Seperti biasa, masuk je terus timbang berat, sukat ketinggian dan ukur lilit kepala.

Kisah Anak

Alhamdulillah, keputusannya masih lagi normal. Berat pun on track. Jadi, nurse sarankan supaya teruskan penyusuan susu ibu. In Shaa Allah... Semoga sentiasa ada rezeki buat anakanda Nur Dhia hendaknya. Aamiin...

Kemudian, Nur Dhia juga turut diberikan suntikan dos kedua untuk Pneumococcal Conjugate Vaccine... Atau secara singkatannya disebut sebagai suntikan PCV. Maka, lengkaplah vaksin PCV untuk Nur Dhia. Sebelum balik, jururawat jugak turut berpesan supaya tidak meletakkan apa-apa jenis ubat atau minyak di tempat suntikan.  Balik dari klinik terus masak untuk berbuka. 

Ada Kesan Tak Untuk Suntikan Dos Ke-2 Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV)?

So far, setakat entri ni disiarkan... Alhamdulillah, Nur Dhia tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, muntah, cirit-birit dan sebagainya. Sebaliknya sangat aktif memanjat. 🙂ðŸĪ­

Kisah

Syukur Alhamdulillah...

That it's kisah anakanda Nur Dhia semasa Pemeriksaan setahun sebulan. So far, menangis sekejap jela masa suntikan. Lepas tu, cool balik.

#VaksinPCV
#BayiSetahunSebulan

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. eehh dah besar dhia, sik terasa kan.
    mbiak kenek tok tahan lasak fiza, dah sikda geney2 kena cucuk ye bagi cdak. mun zaman dolok mesti demam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sik berasa nya dah besar. Kan! Aok eh, nang Jak... Dah Setahun lebih umur baru sekali nya demam. Demam pun sebab tumbuh Gigi 2 batang sekaligus.

      Padam
  2. Alhamdulillah dah besar dah dhia.
    Semoga membesar jadi anak yang solehah dan sihatt selalu :)

    BalasPadam
  3. Setahun dah baby Dhia... lahir masa pkp dolok nk oo? masih bf kah nya mem?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aok mem. Setahun Sebulan umonya.

      Alhamdulillah, masih gik bf mem. 🙂

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com