Pasu Untuk Pokok Fiddle Fig Tiruan

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Pasu Untuk Pokok Ketapang Tiruan | Last two weeks Fiza belikan satu lagi pokok tiruan premium. Kali ni, Fiza beli pokok fiddle fig a.k.a pokok ketapang. Untuk pokok ni, Fiza pilih yang tingginya 90cm dan berdaun 34 helai. Maknanya rendahla sedikit daripada pokok skybird yang Fiza beli sebelum ni.

Kemudian...

Apakah Pasu Yang Sepadan Dengan Pokok Hiasan Fiddle Fig

Bila dah sampai, dilema pulak nak pilih pasu yang sesuai. Yelah! Dah rancang, bila beli pokok fiddle fig terfikir nak beli pasu jenis lain dari kebiasaan pasu yang kita guna. Bila ramai yang cadangkan guna bakul jenis tikar a.k.a seagrass tu. Terus shopping di Shopee. Beli dari seller dekochantek sebab ramai yang bagi feedback bagus.

Pokok hiasan

Alhamdulillah, semalam bakul tersebut dah pun selamat sampai ke tangan Fiza. Bungkusannya sangatlah kemas. Bila buka bungkusan, so far takde yang rosak. Seriously, sangat cantik. Puas hati. Apalagi, sampai je terus letak pokok fiddle fig dalam bakul tersebut.

Yes! Sesuai sangat. Bila di Zoom in...

Hasil buatannya sangat kemas. Oh! ya, before nak beli bakul jenis ni... Kena ukur dulu saiz pasu hitam pada pokok tersebut. Macam Fiza, Fiza pilih pokok fiddle fig yang tingginya 90cm dengan diameter pasunya lebih kurang 15cm. So, Fiza belilah bakul yang bersaiz S dengan harga RM23.61 termasuk postage. Sesuai kan?

Lepas ni, meja console dan ayat kursi pulak yang menjadi aim Fiza. 😊 Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak pasu yang sesuai. Apa pendapat korang? 

#PokokKetapangTiruan
#FiddleFigTiruan
#PasuPokokFiddleFig

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Comel betul pasunyaaaaaa, kecikkk je nampak duduk bawah tuuu hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Comel kan. Suka pulak akak tengok bakul bunga seagrass ni.

      Padam
  2. Balasan
    1. Tu la kan. Terima kasih atas pujiannya CCL. 🙂

      Padam
  3. Comel je pasu tu.. Pandai fizah sesuaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa je Kak Ret. Fiza dapat idea untuk beli bakul tu pun dari group deko-deko. 🤭

      Padam
  4. chomeyy je pasu tu letak kat sudut rumah menghijau. nyaman 😅

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com