Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Drama Melayu Terbaru 2021 Di TV3 | 'Cukup Derita Itu', drama adaptasi dari Novel karya Siti Rosmizah akan menemui para penonton  di slot Samarinda TV3 selepas drama Penjara Janji.

Drama arahan Along Kamaludin, terbitan SR One Sdn Bhd tersebut akan menemui penonton pada bulan Ramadan nanti bermula 6 Mei 2021. Berikut info ringkas mengenainya.

JUDUL : CUKUP DERITA ITU
EPISOD : 40
TARIKH : 6 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari dan Lia Natalia

Slot Samarinda 6 Mei 2021

WATAK PELAKON

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana 
Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
Didie Alias sebagai Mak Yek 
Farhan Asri sebagai Amirul 
Dian P Ramlee sebagai Mak Long
Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
Sera Melissa sebagai Ayu

SINOPSIS CUKUP DERITA ITU TV3

Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua mereka.

Mereka telah dibesarkan oleh ibu saudara mereka. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana mendapat layanan yang berbeza. Ellana dilayan bagaikan puteri, manakala Ellani dilayan seperti hamba. Apakah penyebabnya?

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam satu kemalangan. 

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani buntu, mana mungkin bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. 

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggapnya seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri yang mereka lalui.

Dendam Mak ngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan kehidupan Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

******************************
Macam menarik kan. Selalunya drama di bawah arahan Along Kamaludin tak pernah mengecewakan. Kalau jalan ceritanya sedih, memang betul-betul sedih. Tambahan pulak drama ni adaptasi daripada novel hasil tulisan novelis yang terkenal. Ramai yang dah baca novel ni jugak turut memberi feedback yang positif. 

In Shaa Allah, kalau ada peluang dan ruang bolehla layan drama ni nanti. Kan?

#SlotSamarindaTV3
#CukupDeritaItu