6 Langkah Menghancurkan Ex-boyfriend, Telefilem 27 Mac 2021 Di Astro Citra Eksklusif

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

'6 Langkah Menghancurkan Ex-boyfriend' lakonan Naqiu, Nora Danish dan Iman Suhana, merupakan telefilem terbaru yang akan disiarkan pada malam ni Sabtu, 27 Mac 2021 jam 9 malam hanya di Astro Citra.

Berikut adalah serba sedikit info mengenai telefilem tersebut.

WAKTU SIARAN :  Sabtu, 27 Mac 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENGARAH : Syahid Johan
PRODUKSI : Heritage Movies Sdn Bhd
PELAKON : Nora Danish, Naqiu, Iman Suhana, Anne Abdullah, Zaryn Min, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mimi Ernida dan Nessaa Idrus

Telefilem 27 Mac 2021 Astro Citra Eksklusif

Baca Juga : Sinopsis Telefilem My Future Husband

SINOPSIS 6 LANGKAH MENGHANCURKAN EX-BOYFRIENDS

Sha (lakonan Iman Suhana) telah putus cinta dengan Amri. Namun, Sha tidak puashati. Oleh demikian, sahabatnya Qis (lakonan Nora Danish) turut menolongnya mengaturkan langkah untuk menghancurkan kehidupan bekas kekasihnya Amri (Naqiu).

6 Langkah telah mereka susun untuk menghancurkan Amri. Apakah 6 Langkah tersebut? Adakah misi mereka berjaya? Kenalah tunggu waktu siarannya malam ni, jam 9 Malam di Astro Citra yeah!

Macam best je kan, sebab Ada Iman Suhana. Ingat lagi tak watak Rozita Ting Tong dalam drama takdir yang tertulis baru-baru ni. Kemain hebat lakonan dia masa tu.

In Shaa Allah, kalau ada peluang malam ni. Bolehla layan.

#AstroCitra


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com