Assalamualaikum.
Selamat Petang.

Kitchen Rack Multipurpose Shelf | Bila dah pindah rumah sendiri, Fiza dan suami mula membuat perancangan apakah idea bagi stail ruang untuk disesuaikan dengan keluasan dalaman rumah kami.

Bila dah bincang dengan memikirkan beberapa faktor, buat masa ni kami memilih idea ruang minimalis untuk dalaman rumah kami.

Ruang Tamu Minimalis

Salah satu ruang yang hampir siap kami deko adalah ruang tamu. Tema warna untuk segenap ruang rumah Fiza adalah color Puritan black dan putih. Seriously, color yang sangat sesuai bila dipadankan dan ia menjadikan ruang kelihatan sejuk dan redup.

Dekorasi dalaman rumah

Bila dah memilih stail minimalis, automatik perabot dan barangan perhiasan pun tak banyak. Jadi, bahagian sudut Fiza bercadang untuk letakkan pokok skybird premium dan rak besi IKEA atau lebih dikenali sebagai IKEA Lerberg shelf. Alhamdulillah, pokok skybird dan rak Ikea pun dah terletak cantik di sudut ruang tamu.

Beli Rak Barang Di Page IKEA Spaoh

Mula-mula nak beli di Shopee. Tapi, kebanyakan seller letak postage ke Sarawak agak mahal. Bila total up, harga mencecah RM150++. Fiza akur, jarak tempat dan berat barang adalah penyebabnya. So, tak perlula nak complain kan. 

Namun, syukur...

Kebetulan budak satu kampung Fiza jadi personal shopper untuk barangan IKEA. Bila tengok harga yang dia sebut RM120.90. Apalagi terus grab satu. Langkah kanan, kebetulan  ada color dark grey. Memang sesuai sangatlah dengan tema yang Fiza nak.

Barangan ikea
ITEM : LERBERG SHELF UT 
SIZE : 60X148 
COLOUR : DARK GREY
PRICE : RM120.90
So, for those yang tinggal area Betong, Sarawak dan ingin memiliki barangan IKEA... Bolehla Usha pemilik page FB IKEA SPAOH ye. In Shaa Allah, perkhidmatan mereka memang terbaik. Tip top! 

#personalshopper
#baranganikea
#areaBetong