Assalamualaikum,
Selamat Malam.
Tauge Masak Kicap Simple | First time masak taugeh tumis kicap. Not bad. Sedap! Tapi yang Fiza punya version ni simple je tau.
Taugeh tumis letak kicap kosong je. Fiza rasa, lagi sedap bila disertakan sekali kucai, tauhu dan udang yang dibuang kulit. In Shaa Allah, nanti second time Fiza buat... Fiza akan add-on yer.
Baca Juga : Sayur taugeh campur kucai dan telur
Pada Fiza, nak masak taugeh ni takde masalah sebenarnya. Campak-campak pun sedap. Apa yang penting rasanya cukup. In Shaa Allah akan lalu ditekak.
That why, Fiza selalu bagitau dengan anak-anak buah Fiza yang baru nak belajar memasak... Kalau tak reti nak sukat berapa banyak garam nak kena guna. Senang! Guna perencah secukup rasa Maggie, confirm selamat. Hehe...
Resepi Taugeh Kicap Versi Simple
Berbalik pada sayur taugeh masak kicap yang Fiza dok cerita sebelum ni. Di sini Fiza nak share jugaklah resepi bagaimana nak masak sayur taugeh kicap.
So, pertama sekali. Bahan yang diperlukan adalah seperti 500g taugeh, 2 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, kicap, ikan bilis, cili, minyak untuk menumis, sedikit ajinomoto dan sedikit air.
Nak membuatnya pulak...
- First, tumbuk bawang merah, bawang putih, sedikit ikan bilis dan cili.
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan.
- Bila dah naik bau, masukkan taugeh dan sedikit air.
- Masukkan kicap dan perasakan dengan sedikit ajinomoto.
- Gaul-gaul terus angkat. Jangan lama sangat, takut taugeh jadi over cook. Tak sedap pulak. Hehe...
Alhamdulillah, tak sangka pulak first time buat suami puji kata sedap.
Biasalah, benda first time merasa memang la sedap. Betul tak?
Tapi, encik suami adalah jugak bagi pandangan time ratah taugeh masa makan tadi... Dia kata. Lagi sedap kalau ada tambahan sayur lain seperti daun bawang ke, kucai ke...
Ahha, itu dia... Suami pun boleh bagi komen dan cadangan ek!
Apa-apa pun tak rugi try menu ni rupanya. Semua pakat kata sedap. Mesti repeat buat ni. Tapi version banyak campuran pulak.
Korang pernah ke masak taugeh kicap?
9 Comments
alamak.. sedapppnyaaa. fav nii lauk taugeh.hehe
ReplyDeleteSamalah kita. Anak² pun suka taugeh. 🙂
Deletejarang sebenarnyaaa ngok org minat taugeh, kwn2 sy semua tak minat taugeh. haha >.<
DeleteSimple pun tetap mwnyelerakan
ReplyDeleteYa lagi² time malas memasak. Benda simple tu la yang selalu buat nasi bertambah², lagi-lagi kalau ada telur mata kerbau bersambal. Pergh! Memang padu.
DeleteDah lama tak makan taugeh masak kicap macam ni. Dulu mama selalu masak macam ni.
ReplyDeleteO yeke Naniey. Tapi sedap kan lagi² kalau add-on udang dan kucai.
DeleteSaya pun tak pernah masak taugeh masak kicap. Biasa tumis simple je. Sedap juga kan kalau campur kicap :)
ReplyDeleteHa'ah Fiza. Akak pun baru Cuba. Not bad. Bolehla variasikan masakan taugeh dengan kicap. Rasanya lagi sedap kalau kita add-on macam-macam seafood dengan daun bawang ke.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.