Sayur taugeh goreng kucai campur telur

 Assalamualaikum.
Good Afternoon.

Sayur taugeh goreng kucai campur telur - Harini merupakan hari kedua pkp, pkpb dan pkpp 2.0 untuk kita semua. Cuaca di luar pun hujan, Tak silap hujan dijangka berterusan sehingga esok. Tempat korang still hujan ke? Tempat Fiza dari semalam lagi dah start hujan. 

Hurmmm... Hujan-hujan macam ni, perut memang sentiasa lapar. Harini Fiza masak ayam goreng dan sayur taugeh goreng kucai je untuk menu makan tengahari. Buah pulak, Fiza hidangkan tembikai. Orang Sarawak panggil tembikai, buah semangka. Tempat Fiza pulak panggil mangko. Apa-apa jelah. Kan? 

Actually, taugeh dan kucai banyak khasiatnya kepada kesihatan Tubuh badan kita. Antaranya :-

7 Khasiat Kucai Pada Kesihatan Tubuh Badan

Menurunkan berat badan
Kucai bermanfaat untuk menurunkan berat badan, makanan ini banyak digunakan bagi mereka yang diet. Kucai sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral. Yang baik untuk kesihatan tubuh.

Menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Kucai mengandungi allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang. Allicin dapat mengurangkan tekanan darah dan menurunkan kolestrol dalam tubuh. Selain itu, ia juga bermanfaat untuk membersihkan usus dari kekotoran

Mencegah sembelit
Kucai kaya akan serat makanan yang dapat membantu melancarkan pencernaan. Fiber yang terdapat dalam kucai mampu menghilangkan sembelit.

Mencegah kanser
Flavonoid dan sulfur yang terdapat dalam kucai dapat mencegah beberapa jenis kanser. Seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Kucai dapat melawan radikan bebas dan mencegah perkembangan kanser.

Mengatasi masalah kulit
Kucai memiliki sifat anti bakteria dan anti fungus yang sangat baik untuk mengatasi infeksi kulit. Gunakan kucai sewaktu memakai lotion, scrab dan luka. Kucai juga dapat membunuh bakteria dan fungus ketika kulit mengalami masalah.

Membantu mencegah jerawat
Beta karoten yang terdapat dalam daun bawang bermanfaat untuk membersihkan kulit, sehingga kulit bebas jerawat. Malah, Kucai dapat mencerahkan kulit.

Mencegah rambut rosak
Daun kucai dapat memperkuatkan folikel rambut dan meningkatkan aliran darah dari kulit kepala ke akar. Kucai digunakan dalam beberapa produk perawatan rambut, kerana terkenal untuk menghentikan rambut gugur.


Khasiat Pada Taugeh Yang Jarang Diketahui Umum

Tu khasiat yang terdapat pada kucai. Bagaimana pula taugeh? Apakah khasiatnya untuk tubuh badan kita.

Taugeh merupakan satu pilihan makanan yang sihat. Malah lebih baik, ia adalah pilihan makan yang murah dan mudah untuk didapati. Mari kita selidik kebaikan dari aspek kesihatan yang boleh diperolehi dengan memakannya dalam diet harian kita.

Tingkatkan penghadaman
Taugeh dapat membantu untuk mencernakan makanan kita dengan lebih baik dan lebih mudah. Ia mengandungi antinutrien yang rendah, ini sekali gus menjadikan badan kita lebih cepat menyerap nutrien semasa proses penghadaman. Proses pencambahan ini membantu meningkatkan jumlah serat yang tidak larut, sejenis serat yang membantu pembentukan najis dan proses pengeluarannya melalui usus, yang akan mengurangkan risiko untuk berkemungkinan mengalami sembelit. 

Kesihatan jantung
Mengambil taugeh dalam pengambilan makanan harian kita juga dipercayai dapat memberikan manfaat kepada jantung kita. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti paras kolesterol darah tinggi. Beberapa kajian kepada haiwan menunjukkan bahawa memakannya akan membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘baik’ dan mengurangkan tahap kolesterol LDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘tidak baik’.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap 39 individu dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dengan masalah kesihatan diabetes jenis 2, dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan 60 gram lentil setiap hari dan satu kumpulan lagi tidak diberikan sebarang lentil, salah satu jenis tumbuhan yang melalui proses percambahan seperti taugeh. Selepas tempoh kajian selama 8 minggu, kumpulan yang diberikan lentil mempunyai 12% paras kolesterol HDL yang lebih baik dan 75 hingga 84% paras trigliserida dan tahap kolesterol LDL yang lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak diberikan lentil. 

Tekanan darah
Taugeh kaya dengan kalium, magnesium dan serat yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Mempunyai tekanan darah tinggi adalah satu masalah kesihatan yang serius kerana ia meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit jantung, satu penyakit utama yang menyebabkan kematian di dunia. 

Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah. Melalui kajian yang menghubungkan nutrien seperti kalium, magnesium dan serat yang terkandung di dalam taugeh dapat menjadikan tekanan darah tinggi lebih rendah. 

Gula dalam darah
Apabila seseorang individu mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ia adalah ciri utama masalah diabetes dan telah dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan yang kronik. Oleh sebab ini, profesional perubatan dan kesihatan sentiasa menasihati ramai individu untuk mengekalkan dan memastikan tahap gula dalam darah berada pada tahap yang sihat.

Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan memakan taugeh bagi membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Ini kerana komposisi nutrien dalam taugeh baik dalam menurunkan tahap gula dalam darah. Ia tinggi serat dan protein yang menjadikan proses pelepasan gula ke dalam aliran darah menjadi perlahan. 

Berat badan
Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan kandungan serat dan protein dalam taugeh dapat menghalang hormon lapar seperti ghrelin. Tambahan lagi, terdapat kajian tambahan yang mendapati kedua-dua nutrien dalam taugeh ini juga menggalakkan pembebasan dan penghasilan hormon yang menjadikan kita berasa lebih kenyang seperti peptida YY, GLP-1 dan cholecystokinin.

Dengan membuatkan kita berasa kenyang, ia sekali gus dapat mengawal pengambilan kalori dan membantu mengurangkan berat badan kita.

Kehamilan sihat
Bagi wanita hamil, kita sememangnya akan disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan folat semasa tempoh kehamilan. Ia adalah penting untuk membantu pertumbuhan optimum dan perkembangan bayi dalam kandungan. Lebih membahayakan wanita yang tidak mendapat keperluan folat yang mencukupi, berdepan dengan risiko kecacatan kelahiran yang lebih tinggi. 

Taugeh mengandungi 80% jumlah pengambilan nutrien makanan yang disyorkan bagi folat dalam satu cawan taugeh yang dimasak, iaitu sebanyak 202 gram. Ia juga tinggi kandungan zat besi, protein dan serat yang sememangnya amat diperlukan oleh individu wanita mengandung. 

Namun, individu wanita yang mengandung harus mengelakkan daripadscmemakan taugeh mentah kerana ia berkemungkinan membawa bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan berbahaya kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya pastikan taugeh yang hendak dimakan dimasak dengan sebaiknya terlebih dahulu. 

Radikal bebas
Antara kebaikan yang boleh diperolehi dengan pengambilan taugeh dalam diet pemakanan harian adalah ia dapat mencegah diri kita daripada radikal bebas. Untuk makluman korang, radikal bebas adalah satu keadaan apabila badan kita mengandungi sebatian kimia yang melebihi had yang sepatutnya. Kandungan kimia ini akan berupaya untuk menjejaskan dan mendatangkan kesan kepada sel-sel dalam badan dan menjadikan ia sel yang tidak baik, di mana sel-sel ini akan menyerang sel yang baik dan sihat yang terdapat dalam badan kita. 

Jadi bagaimana taugeh dapat membantu menghalang kita daripada radikal bebas? Ini kerana taugeh mengandungi antioksidan yang akan membantu badan melawan sel-sel yang tidak baik. Antioksidan juga berperanan untuk meningkatkan sistem kekebalan dalam badan kita. Ia sekali gus menjadikan badan kita dilindungi daripada radikal bebas yang turut merupakan salah satu punca kanser. 

Banyak kan! kelebihan yang terdapat pada sayur taugeh dan kucai. Lepas ni, bolehla selalu makan dua jenis sayur ni. Yelah! Bukan je senang nak dapat, malah harga pun murah. Betul tak?

Dalam entri kali ni, Fiza nak share jugaklah bagaimana cara nak masak sayur taugeh goreng letak kucai dan telur.

Resepi mudah Dan sedap

Resepi Tauge Goreng Kucai Campur Telur

Tiap kali masak taugeh, Fiza memang suka campurkan taugeh dengan sayur lain seperti pucuk manis dan kucai. Sedap! Lagi-lagi bila dimasukkan sekali dengan telur. Alhamdulillah, anak-anak pun suka. Nak masak taugeh goreng kucai letak telur cara Fiza, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan...
  1. Seikat kucai
  2. 500g taugeh
  3. Sebiji telur
  4. 5 ulas bawang putih
  5. Cili 
  6. Maggie secukup rasa
  7. Minyak untuk menumis dan
  8. Sedikit air untuk kuah
Cara masaknya pulak.

Pertama, panaskan dua sudu teh minyak. Masukkan bawang putih Dan cili yang telah ditumbuh. Tumis sehingga Naik bau.
Pecahkan telur. Masukkan kucai dan taugeh.
Masukkan sedikit air Dan pekenakan dengan perencah secukup rasa Maggie. Siap! Jangan terlalu lama tau. Nanti hilang pulak khasiat pada tauge dan kucai.

Mudah kan?

Saja je nak share resepi mudah ni di sini. At least, bila letak resepi Fiza mesti akan cari info yang berkaitan dengannya. So, dalam masa yang sama ilmu pun semakin bertambah. Serious, tak semua khasiat pada sayur yang Fiza tahu. Hehehe...

Korang pulak bagaimana?

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Sayu favourite ni. Taugeh dengan kucai biasa, tapi tak pernah campur telur. Sedap juga macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Suka sangat kucai dan taugeh. Akak memang selalu buat gini Fiza sebab anak-anak Suka makan.

      Padam
  2. Wah menarik resipi ni. Mmg suka daun kucai bila masak, juicy dan aroma dia best! huhu. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala... Baru tengok mesej. Tak boleh nak join dah.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com