Sinopsis Dan Ulasan Episod 14 Takdir Yang Tertulis

Sambungan Episod 13.

Yes! Ean dah tahu perkara sebenar. Mika adalah anak tak sah taraf dia dan Ruhila. Memang betul la tekaan Fiza, yang semuanya itu berlaku adalah angkara ibu Ruhila, Che Salmah.

Sewaktu Ruhila lari ke rumah Ean dan ternampak Ean dengan seorang perempuan di sebuah bilik, adalah angkara Che Salmah.

Che Salmah telah mengupah seorang perempuan untuk meletakkan pil tidur di dalam minuman Ean. Sudahnya, Ruhila menyangka yang Ean telah berlaku curang.

Bila Ean memberitahu Che Salmah, dia menjadi gelabah dan terus menelefon Hakim. Dia takut Azlan tahu rancangannya. If semuanya terbongkar, dia akan kembali kepada kehidupan asalnya. 

Hurm... Tak sangka pulak, Hakim pernah memberi dokumen untuk ditandatangani Azlan bagi serah hak syarikat kepada Che Salmah semasa Azlan tengah ralit dengan kerja-kerjanya di pejabat. ( Pengajarannya, jangan sesekali tandatangan surat menyurat tanpa dibaca terlebih dahulu ). Apa kesudahannya, dapat ke tak Che Salmah jadi CEO syarikat. Kita tunggu episod akhir, malam esok.

Azlan pulak, still rasa kurang percaya dengan Ruhila. Namun, Ruhila telah membuang cincin pemberian Ean. Dia memohon maaf pada Ean, yang berlalu biarlah berlalu. Dia dah jadi isteri Azlan dan dia memilih untuk move on.

Takdir Yang Tertulis

Walaupun sakit, Ean menerima dengan hati yang terbuka. Apa yang penting, Ruhila dah pun mengaku yang Mika itu adalah anak mereka berdua.

Di sisi lain, uncle Juweta berjumpa dengan Juweta untuk membincangkan perihal syarikat. Juweta menceritakan kepada pakcik dia, dari A hingga Z apa yang dah berlaku. Walaubagaimana pun, pakcik Juweta akan bantu untuk dapatkan kembali hak Juweta.

Korang rasa, ada tak staff yang boleh jadi saksi? Hurmmm... Fiza rasalah, kalau tak Kak Shima. Mesti PA encik Azlan sendiri nanti yang jadi saksi segala tipu helah Azlan dan Che Salmah. Kan!

Apa pun yang berlaku, hampir 90% angkara Che Salmah dah pun terbongkar. Tak sabar nak tunggu final episode malam esok. Nak tengok, orang tamak macam mana. Haha...

Samarinda tv3

Paling best, episod 14 berakhir dengan babak Juweta mengajak Ean berkahwin. Adakah itu sekadar gurauan? Atau memang ikhlas dari hati Juweta? Apa pulak reaksi Ean? Kalau betul, Adakah Ean menerima cadangan Juweta itu.

Aduh! Tertanya-tanya pulak kita dibuatnya. Kan?

Nak tahu, kenalah tunggu kesudahannya malam esok. Betul tak?


#samarindatv3
#takdiryangtertulis
#TYT

Catat Komen

4 Ulasan

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com