Info Dan Sinopsis Telefilem Rujuk Di TV2

Waktu Siaran Telefilem Rujuk Di Slot Citra - Nantikan tayangan telefilem 'Rujuk' arahan Rashid Sibir pada Jumaat ni, 19 Februari, pukul 9:30 malam di TV2.

Telefilem di bawah naungan produksi Telemal Productions, Suhan Movies & Trading ini juga turut menampilkan para pelakon seperti Datuk Rosyam Nor sebagai Jefry, Marisa Yasmin sebagai Dian, Fimie Don sebagai Amirul dan Yuna Rahim sebagai Amira.

Slot Citra tv2

SINOPSIS TELEFILEM RUJUK

Rujuk mengisahkan tentang kehidupan Jefry. Pada mulanya, kehidupan Jefry sangat bahagia bersama isterinya Dian dan anak-anaknya, Amira dan Amirul.

Namun, kehidupan Jefry dan keluarganya mulai berubah apabila kematian rakan sepejabatnya Amy yang telah membunuh diri akibat kemurungan, setelah ditinggalkan suaminya akibat kanser.

Jefry tidak mahu benda yang sama menimpa keluarganya, apabila dia disahkan mengidap kanser. 

Dia tidak sanggup melihat isteri dan anak-anaknya menderita dan meratapi kematiannya suatu hari nanti.

Apakah yang Jefry lakukan supaya ianya tidak berlaku ke atas keluarganya? Apakah kaitan rujuk dalam telefilem ni. Adakah Jefry dan Dian bercerai? Adakah keluarga Jefry mengetahui tentang sakitnya? 

Apa-apa pun, nantikan masa tayangannya Jumaat ni jam 9:30 malam di TV2. Yeah!

#telefilemtv2
#rujuktv2

Catat Komen

4 Ulasan

  1. wow ni mesti kes cerai ni sebab tajuk rujuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tengok promo memang Jefry dan Dian bercerai. Fiza rasalah disebabkan tak mahu anak bini dia menderita bila tahu penyakitnya, dia start cuba curang di belakang Dian. Bila Dian tahu, dia ceraikan Dian dengan talak 1.

      Hakikatnya, Tak semua kesudahannya sama walaupun hadapi masalah yang sama. Fiza rasa ending dia mesti family Jefry tahu akan penyakitnya. Disebabkan Sayang, Dian rujuk balik untuk menjaga Jefry.

      Dah lama tak tengok Rosyam Nor berlakon. 🙂

      Padam
  2. director dia best, so kena put in the list ni

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com