Bolehkah Makan Kicap Semasa Berpantang Bersalin Mahupun Berpantang Keguguran?

Eh! Boleh ke, makan kicap dalam pantang? Pantang boleh makan kicap tak?
Antara persoalan yang seringkali para ibu musykil bila berada dalam pantang dan teringin nak makan kicap. 

Macam-macam pantang larang berkaitan kicap yang Fiza dengar. Antaranya, jahitan luka akan lambat sembuh lah. Kemudian, kicap jugak boleh menjadikan bekas jahitan menjadi hitam lah.

Serious! Tipu.

Isu berpantang

Pengalaman Makan Kicap Dalam Pantang. Ada Kesan Tak?

Berdasarkan pengalaman sendiri, di mana pernah berpantang bersalin sebanyak tiga kali dan berpantang keguguran sekali. Fiza makan je kicap. Lagi-lagi dengan telur rebus. Setiap pagi 3 kali dalam seminggu, breakfast telur rebus mesti cari kicap. Fiza sejenis yang tak boleh makan telur kalau takde kicap. 

Bukan nak riak. Alhamdulillah dengan izin Allah, takde pulak luka jahitan lambat sembuh. Malah, luka sembuh dalam masa seminggu je. 

Pendek kata, luka lambat sembuh tu bergantung kepada penjagaan luka dan diet yang kita ambik semasa berpantang sebenarnya. 

Kalau tak ambik sumber protien, sayur dan buah yang mencukupi memangla lambat nak sembuh. Satu lagi, kalau malas nak bersihkan tempat jahitan. Memang sahla luka akan lambat sembuh. Betul tak? 

Silap-silap boleh bernanah dibuatnya. Lagi susah nak jaga, kan! 

Fiza ikut je pantang orang tua-tua. Takde masalah, tapi part telur dan kicap memang Fiza tak boleh. Nak jugak makan. Hehe...

Apa-apa pun terpulang kepada diri kita. Kita ada pilihan dan setiap pilihan, kesannya kita sendiri yang tanggung. Betul tak?

Then, makan pun kenalah berpada-pada. Bersederhana itulah yang terbaik. Kalau makan, takde masalah boleh je. Pendek kata, bergantung kepada penerimaan badan diri masing-masing. Betul tak?

#masalahketikaberpantang
#makankicapsemasaberpantang

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. kicap adabi tu bukan kicap jalen mak., hehehe

    BalasPadam
  2. Dulu takut makan kicap kalau luka, takut parut tinggalkan kesan hitam. huhu.pantang orang dulu macam-macam. ada juga yang hanya mitos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, tapi ada jugak pantang larang yang bagus diikut.

      Padam
  3. uii berani takpe. fd tak berani nak makan telur dgn kicap masa awal2 pantang, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...
      Alhamdulillah, setakat ni takde masalah jahitan sembuh dengan cantik dalam seminggu je. Ni untuk jahitan normal ye bukan ceaser.

      Makan pun ala kadar je. Telur pun rebus, bukannya goreng. 🤭😂🤣

      Then, kicap pun bubuh sikit atas kuning telur. Sebab Fiza sejenis yang tak boleh makan kuning telur tanpa kicap.

      Adoi! Terpanjang pulak reply.

      Padam
  4. Pasal pantang ni Cik TK pun confius. Sebab ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Hmmm.. entah la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Ada kata boleh, Ada kata tidak. If rasa was² lebih baik kita tak payah makan. Ye Dak? 🤭

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com