Assalamualaikum.
Selamat Malam.

Tadi, masa menonton rancangan gerak khas bersama encik suami, ada jugak tertengok promo drama terbaru di slot Samarinda TV3.

Untuk makluman drama bersiri tersebut berjudul 'Aku Yang Kau Gelar Isteri', lakonan Nadia Brian, Adi Putra, Sharifah Sakinah dan Atiq Azman. 

Drama berunsurkan seram, 15 episod arahan Shuhaimi Lua. Akan ditayangkan pada 17 Februari 2021. Itu bermakna, ia merupakan drama yang bakal menggantikan Takdir Yang Tertulis. Jadi, berikut adalah info ringkas mengenai drama ini.


JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Nadia Brian, Adi Putra, Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nodin, Ummar Dzariff, Laura Olivia

Samarinda terbaru gantikan Takdir Yang tertulis

PELAKON DAN WATAK DI DALAM AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Nadia Brian sebagai Raihani
Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Atiq Azman sebagai Pian
Baby Azreen sebagai Maryam
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Zaki Azeman sebagai Naim
Lana Nodin sebagai Embun
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia

SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Drama ini mengisahkan tentang Laila (Sharifah Sakinah) menyukai dan menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam.

Sebaliknya, Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian) dan mereka berdua akhirnya berkahwin. Laila patah hati lalu bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan sangat bahagia dan saling menyayangi tanpa ada sebarang permasalahan, sehinggalah dengan kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah.

Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam.

Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. Atau Laila termakan dendamnya sendiri.

Nantikan kemunculan drama seram, aku yang kau gelar isteri di dalam slot Samarinda tv3, sebaik sahaja drama Takdir Yang Tertulis berakhir. ~ sumber dari rancangantivi

TONTON DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI

In Shaa Allah, dari masa ke masa jugak Fiza akan updated link video drama ni dari episod 1 hingga akhir. Nanti, tak dapat  tengok secara live, boleh layan di sini bila masa lapang. Kan?
Selamat menonton semua. Have a nice day.

#slotsamarindatv3
#akuyangkaugelaristeri