Assalamualaikum.
Good Morning.

Drama Takdir Yang Tertulis | Simple update for today. Nantikan drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' yang mana bakal mengisi slot Samarinda TV3. Drama terbaru menggantikan Bougainvillea. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong dan ramai lagi. 

Drama ini adalah di bawah arahan Budak Ijat atau Shahrulezad Mohameddin dan dia juga merupakan pengasas syarikat penerbitan Radius One. Nantikan masa tayanganya pada 21 Januari 2021 next week. Berikut ringkasan maklumat mengenai drama Takdir Yang Tertulis.

INFO DAN WAKTU SIARAN

JUDUL : TAKDIR YANG TERTULIS
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One
PELAKON : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan, Afidah Be

Slot Samarinda TV3 21 Januari 2021

WATAK PELAKON DALAM TAKDIR YANG TERTULIS

Selain daripada Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad dan Alvin Chong, drama ini juga turut dibintangi oleh...
  1. Nazim Othman sebagai Azlan
  2. Nad Zainal sebagai Juweta
  3. Elvina Mohamad sebagai Ruhila
  4. Alvin Chong sebagai Ean
  5. Isaac Iman sebagai Mika
  6. Didie Alias sebagai Che Salmah
  7. Uchee Fukada sebagai Kak Jo
  8. Iman Suhana sebagai Ruzita 
  9. Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim

SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS LAKONAN NAD ZAINAL DAN NAZIM OTHMAN 

Daripada video trailer di YouTube, drama ni sepertinya mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. Perkenalan yang bermula sejak zaman Universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetian dan kepercayaan. 

Azlan yang menyukai Ruhila tanpa mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal tersebut sedikit menggugat diri Ean.

Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. 

Sementara itu, anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya. 

Sebelum akhiri entri ni, jom kita layan lagu Latar drama ni, lagu karma oleh Kaka dan Jaz Hayat.

LAGU DAN LIRIK TEMA (OST)

Lagu: Karma
Artis : Kaka & Jaz hayat
Lirik : Aisha Retno
Komposer : Farouk Roman

Sejenak ku melukiskan dirimu
Yang terukir di hatiku
Namun memang benarkah jiwa ini
Untukmu...

Lembaran hari pun kian berganti
Ku masih memikirkanmu
Kau membuat semuanya sempurna
Tapi kenyataannya...

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rinduhatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan aku tak menyatu
Terhempas jauh kasihku
Mungkinkah takdir memisahkan kita
Berdua...

Mengenang mekarnya cinta yang dulu...
Dikaburi kemanisan

Cinta yang kini berubah
Kau memang pantas rasakan...

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rinduhatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan cinta tak seindah
Pintalan rinduhatiku
Bagaikan karma yang menjawab semua

Kamu dan aku tak menyatu
Terhempas jauh kasihku
Mungkinkah takdir memisahkan kita
Berdua...

Sumber dari azlyrics

TONTON DRAMA TAKDIR YANG TERTULIS FULL EPISOD 1-15 (AKHIR) SECARA ONLINE

For those yang Tak berkesempatan untuk menonton secara live, In Shaa Allah dari masa ke masa Fiza akan update link video setiap episod drama ni di sini. Klik link di bawah ye if korang nak menonton secara online.


Have a nice day! StayAtHome. KitaJagaKita.

#DramaSangat
#TakdirYangTertulis
#SlotSamarindaTV3