Telefilem 'Desir Ombak Di Hati Bonda' merupakan sebuah drama terbaru Radio Televisyen Malaysia 2021, yang mana bakal menemui para penonton malam ni Sabtu, 23 Januari 2021, jam 9:00 malam di TV1.

Panggung rtm tv1
Sumber dari Facebook rtm tv1

PELAKON DRAMA DESIR OMBAK DI HATI BONDA

Drama arahan Rusdi Ramli dan di bawah syarikat produksi Country Universal Sdn Bhd ini juga turut dilakonkan oleh Amyza Aznan, Azri Iskandar, Dayana Roza, Fazli Daniel dan Talha Harith.


SINOPSIS DESIR OMBAK DI HATI BONDA

Mengisahkan tentang Man, yang terlantar akibat kakinya tertusuk cengkerang siput telah menyebabkan kehidupan keluarganya bertambah sempit. 

Anaknya, Aida yang sudah bekerja pula sibuk mahu berkahwin dengan anak orang kaya. Kehidupan Imah serba kekurangan apabila Man pergi buat selamanya, Aida pula lari mengikut kekasih hati. 

Imah cuba bangkit dengan semangat anak lelakinya, Ayat. 

Berjayakah Ayat membantu Imah mengubah kehidupan mereka? Bagaimana dengan kehidupan Aida setelah bergelar isteri kepada orang kaya?

#PanggungRTM
#PanggungSabtu