Nasi goreng kicap ikan bilis paling mudah

Assalamualaikum.
Good Morning.

Nasi goreng kicap ikan bilis - Dah lama tak makan nasi goreng, tetiba semalam selepas makan malam encik suami request nasi goreng untuk breakfast pagi ni. Katanya nak nasi goreng kicap, style kampung yang Fiza selalu buat.

Resepi

Resepi Nasi Goreng Kicap Ikan bilis

Hurmmm... Pagi-pagi lagi dah bangun masak nasi. Dah siap, start pulak sediakan bahan untuk digoreng. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng kicap stail Fiza ni adalah seperti berikut :-
  1. Nasi
  2. Ikan bilis yang telah dibuang kepala dan tulang 
  3. 4 biji bawang merah yang telah ditumbuk
  4. 3 biji cili padi yang telah ditumbuk
  5. Kicap dan
  6. Minyak 
Cara membuatnya pulak...
  1. Pertama, panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing Dan ketepikan.
  2. Kemudian, tumiskan bawang Dan cili sehingga Naik bau. Masukkan balik ikan bilis dan nasi.
  3. Perasakan dengan kicap dan gaul sehingga masak. Lagi lama digaul lagi sedap.
Mudahkan? Bahan yang diperlukan untuk membuatnya pun sikit.

Bila dah masak nasi goreng kicap ni, menu yang sesuai untuk dimakan bersama mestilah telur goreng mata lembu ataupun telur rebus.


Menu

Tapi, untuk breakfast kali ni... Teringin pulak nak makan dengan telur goreng. Maka terhasillah telur mata kerbau yang tak berapa nak menjadi. Haha...

Alhamdulillah, semua pakat kata sedap. Masing-masing kekenyangan. Hurmmm... Lunch pulak, tak tau lagi nak masak apa. 🤔🤭

Any ideas?

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Menu simple tapi sedap. Telur mata kerbau memang sesuai dimakan dengan nasi goreng kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Anak² akak semua pakat bertambah-tambah nasi bila ada telur. 🤭

      Padam
  2. Nampak sedap kejadiannya
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah wak, lalu dengan jayannya kat anak tekak. Terima kasih wak.

      Padam
  3. Kmk masak kari ikan tek.. selesai dah selamat semua kekenyangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyaman eh Kari ikan. Alu rasa mok molah Kari ikan juak bila ngenang.

      Padam
  4. simple je menu tapi sedap makan panas2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Akak Suka makan nasi goreng panas² lagi-lagi bila ada teh o panas. Duh! Boleh hancur diet dibuatnya. 🤭

      Padam
  5. Sedapnya.. Tapi selalu fail buat. Rasa tak sedap macam makan yang orang lain masak. Lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah Kan... Selalu kalau orang lain buat mesti sedap.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com