Lirik Lagu Mimpi, Lagu Latar Drama Bidadari Salju

Assalamualaikum.
Good afternoon.

Lirik Lagu Mimpi, OST Drama Bidadari Salju - Siapa layan drama Bidadari Salju di slot akasia, pasti pernah dengar Lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli. Seorang penyanyi muda berbakat besar, yang mana pernah memenangi kategori penyanyi meletop dan anugerah lelaki top-top meletop dalam rancangan Anugerah Meletop Era 2020 baru-baru ni.

Di Instagram miliknya, dia juga turut berkongsi tentang lagunya itu di mana telah trending dengan ribuan tontonan. Tahniah! Buat Haqiem Rusli.

Actually, Fiza suka dengar Lagu ni walaupun jarang layan Bidadari Salju secara live. Bait-bait senikata lagunya sungguh menarik dan sangat sesuai dengan jalan cerita drama tersebut.

So, kita kongsikan lirik lagunya di sini. Bila free boleh layan. Kan?


Artis : Haqiem Rusli
Lagu  : Mimpi (OST Bidadari Salju)

LIRIK PENUH LAGU MIMPI NYANYIAN HAQIEM RUSLI DALAM DRAMA BIDADARI SALJU

Di saat aku pejamkan mata
Ku cuba bayangkan raut wajahmu
Doaku agar kau hadir hadir di dalam mimpi
Menemani aku

Mimpi yang indah kau bersamaku
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya
Dan jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi

Dia.. Dia..
Mengapa dia
Semalam aku diburu mimpi
Mimpi ngeri yg menghiris hatiku

Tapi ku tahu jauh dalam sudut hatimu
Kau takkan tinggalkan ku
Mimpi yang indah kau bersamaku
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya

Dan jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi
Ohh..ku dibuai mimpi indah yg indah
Dan juga mimpi ngeri

Mimpi yang indah kau bersamaku
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya
Dan jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi

Dia.. Dia..Mengapa dia
Mengapa dia

#LaguTrending
#LaguMimpi


Post a Comment

0 Comments