Hari kedua Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk PKP 2.0

Sekolah encik suami merupakan sekolah kecil. Bila ada PKP dilaksanakan, pihak sekolah mengambil inisiatif, dengan mencetak kerja-kerja sekolah untuk para pelajar sekali untuk dua minggu. 

Kemudian, setiap kelas akan ada sorang runner yang terdiri daripada Ibubapa pelajar dilantik untuk menghantar dan mengambil kerja-kerja sekolah tersebut dengan para pelajar. 

Sebuah kelas, ada 9 hingga 12 orang pelajar je. Jadi, mudah untuk mereka uruskan. Setiap hari, cikgu akan hantar mesej arahan bagi setiap tugasan yang diberi di group WhatsApp masing-masing.


Alhamdulillah, kerja-kerja sekolah encik suami dan cikgu-cikgu lain dipermudahkan.

Nak buat online kelas, memang tak kan berjaya. First, tak semua orang kampung senang dan memiliki gajet. Kalau ada pun, tak semua yang celik IT. Itulah masalah yang mereka hadapi. 

Walau apa pun rintangan, Pengajaran dan Pembelajaran tetap diteruskan. Kan!

Anak-anak Fiza bersekolah di sekolah yang sama tempat encik suami mengajar. Alia darjah 3. Nur Ain pulak darjah 1. Alhamdulillah, dua-dua takde masalah membaca dan menulis. 

Jadi, takde masalah untuk mereka menyiapkan kerja sekolah yang cikgu sediakan. Cuma, bila tak faham jelah dorang akan tanyakan kepada Fiza dan suami.

Bagaimana nak buat kerja sekolah takde online class ?

Alhamdulillah, cikgu dorang sediakan jadual untuk setiap kelas. Hari ni untuk subjek apa, esok untuk subjek apa dan seterusnya. Jadi, takde masalah untuk bahagikan masa. Dah ada pengalaman kan masa PKP 1.0. Jadi, anak-anak Fiza dah tahu dah nak buat apa. 

Kisah PKP 2.0 2021

Minggu ni sepatutnya minggu program transisi untuk tahun 1. Disebabkan sekolah tutup. Jadi, cikgu dorang still sediakan bahan  untuk para pelajar siapkan. Sekolah kecil, guru-guru pun Ain dah kenal. Jadi, rasanya setakat ni takde masalah untuk Nur Ain.

Cuma, ada sesetengah kerja sekolah Nur Ain perlu buat video dan hantarkan melalui WhatsApp kepada guru tersebut. In Shaa Allah, setakat rakam video Fiza rasa anak-anak murid yang lain takde masalah kot. 

Alhamdulillah. 

Bagaimana pula dengan PdPR anak-anak korang? Ada masalah tak? 

Catat Ulasan

0 Ulasan