Assalamualaikum.
Good Morning.

Bihun Goreng Singapore, letak Sardin Smiling Fish - Last weeks, Fiza terlihat friendlist Facebook share satu resepi bihun goreng sardin yang sangat mudah dan sedap katanya. Hurmmm... Rasanya, tak pernah lagi Fiza cuba. Kalau nasi goreng sardin tu adalah. Rasanya pun not bad.


Resepi viral di facebook

Bihun goreng Singapore sardin smiling fish

So, pagi tadi masa nak sediakan menu sarapan. Teringat pulak resepi di Facebook tu. Apalagi, terus sediakan bahan untuk memasak. Antara bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
  1. Sebungkus bihun yang telah dilembutkan
  2. 1 tin sardin smiling fish yang telah ditapis biji cilinya
  3. Sebiji telur
  4. Lobak merah yang dihiris halus
  5. 4 Bawang merah ditumbuk halus
  6. 5 biji bawang putih ditumbuk halus
  7. Perencah Maggie secukup rasa
  8. Dua sudu minyak untuk menumis
Cara masaknya pulak.
Pertama, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
Kemudian, pecahkan telur dan masukkan sardin.
Masukkan lobak merah dan bihun.
Akhir sekali, pekenakan dengan perasa Maggie secukup rasa.

Sangat mudah. Kan? 

Actually, bihun yang Fiza buat ni tak pedas ye sebab anak-anak pun nak makan. If korang nak pedas, boleh tambahkan cili. Begitu jugak sayur, boleh letak daun kubis, taugeh dan daun bawang.

Sedap tak bihun Singapore letak Sardin?

Secara jujurnya, pada Fiza lagi sedap sardin kalau digoreng dengan nasi. Tu based on selera anak tekak Fiza ye. Lain orang, lain citarasa. Maybe, kalau add-on dalam tu sotong, kerang ke mungkin lagi sedap. Betul tak? Nanti, ada masa Fiza try letak banyak lagi jenis sayur dan seafood. Kita tengok sedap ke tak. 😂🤣

Apa-apa pun, Fiza dah try buat bihun goreng sardin. Korang pernah buat tak?

#BihunGorengSardin