Assalamualaikum.
Good Morning.

Kifarah Buta, Telefilem terbaru 12 Disember 2020 Di Astro HD108 Dan SD128 | Ok! Simple update dari Fiza. Untuk mereka yang meminati slot telefilem di Astro Citra, Sabtu ni 12 Disember 2020 jam 9 malam akan ditayangkan drama berjudul 'Kifarah Buta' lakonan Azmi Saat dan Farisha Iris.

Kifarah bermaksud balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hamba-Nya. Pelbagai ujian Allah turunkan.

Berikut sedikit ringkasan mengenai telefilem tersebut.

JUDUL : KIFARAH BUTA

WAKTU SIARAN : Sabtu, 12 Disember 2020 jam 9 malam 
SIARAN TV : Astro Citra HD 108 & SD 128
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar & Ctna Marzuki
PENGARAH : Hashim Rejab
PRODUKSI : Arie Zaharie Production & Knack-Knack Studios
PELAKON : Azmi Saat, Farisha Iris, Fadh Majid, Izzmad Harun, Fareez Fauzi, Coki,  Zali Shuhali dan Din Latah.

telefilem 12 Disember 2020
Sumber : Myinfotaip


SINOPSIS TELEFILEM KIFARAH BUTA ASTRO CITRA HD

Kifarah Buta mengisahkan tentang Zahid yang hidup bersendirian dan berdikari walaupun serba kekurangan. Minat Zahid terhadap muzik membawanya kepada Suraya, seorang gadis yang menjadi mangsa ketamakan abangnya sendiri, Kamal, yang kehilangan pandangannya secara beransur.

Zahid menjadi tempat Suraya berkongsi cerita, impian dan cita-cita sehingga ketamakan Kamal mula mengancam keselamatan Suraya. Kehadiran Fikri, seorang eksekutif muda yang bencikan pengemis dan orang kurang upaya mengubah hidup Kamal yang selalu mengemis untuk dadah dan hiburan.

VIDEO TRAILER TELEFILEM KIFARAH BUTA 


SIAPAKAH PEMBAWA WATAK KAMAL DALAM DRAMA KIFARAH BUTA

Macam best je kan jalan ceritanya walaupun pelakonnya ada yang baru pertama kali berlakon. Contohnya watak jahat dalam telefilem tersebut yang dibawa oleh Fadh Majid. Selalunya, watak jahat memang menjadi sebutan. Kan? Jom kita lihat sedikit info latar belakang tentang Fadh Majid.

biodata
Sumber instagram @fadhmajid

BIODATA RINGKAS FADH MAJID

  1. Nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid.
  2. Menggunakan nama komersil, Fadh Majid.
  3. Berumur 27 tahun dan merupakan anak kelahiran Melaka pada 19 Disember 1993.
  4. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang singer-songwriter.
  5. Popular dengan lagu bukan takdirku ciptaan sepenuhnya oleh Fadh Majid sendiri yang kini telah mencecah lebih daripada 488, 000 views di laman youtube.
  6. Laman sosial instagramnya @fadhmajid juga mengumpul lebih 13,000 pengikut.
  7. Pernah menjuarai Tilawah peringkat kebangsaan pada tahun 2005.
  8. Berkebolehan mencipta lagu dan
  9. Merupakan antara penyanyi baharu yang berjaya melayakkan diri ke pentas Big Stage 2020.

Itu serba sedikit info tentang Fadh Majid. Seorang yang serba boleh. Bagaimana dengan kebolehan berlakonnya pula? Kenalah menonton telefilem kifarah buta weekend ni. Kan? Barulah boleh tahu, Fadh Majid boleh berlakon ke tak?

That it's. Sedikit maklumat berkaitan tentang telefilem kifarah buta yang bakal bersiaran Sabtu ni, 12 Disember 2020 di saluran Citra HD108 dan HB208.

Selamat menonton.

Sumber : Laman iluminasi dan myinfotaip

#TelefilemTerbaru
#KifarahButa