Assalamualaikum.
Good Night.

Bidadari Salju Full Episode 1 hingga 28 ( Akhir ) Lakonan Sweet Qismina Dan Adam Lee | Lagi 7 episod, drama cinta sekali lagi akan melabuhkan tirainya. Semalam masa iklan ternampak ada drama terbaru lakonan Adam Lee Dan Sweet Qismina. Berbekalkan hints tersebut, Fiza cuba mencari info untuk dikongsikan di blog. Biasalah Fiza. Before menonton sesuatu drama atau program tv, lebih suka dapatkan info terlebih dahulu. Kalau programnya menarik, ada kelapangan In Shaa Allah bolehla tengok secara LIVE. Kalau sebaliknya, sorry to say. Dari awal sampai akhir memang tak kan tengok. Walaubagaimana pun, In Shaa Allah dari masa ke masa Fiza akan update link video setiap episod. Yelah! Kekadang ada masa kita tak dapat tengok secara LIVE. So, bila dah ada link. Bolehla menonton secara online. Kan?

Ok! Berbalik kepada drama yang bakal menggantikan cinta sekali lagi. Ia adalah sebuah drama adaptasi novel 'Bidadari Salju' karya Mia Kiff, di bawah arahan Reza Badarudin dan diterbitkan oleh A. Aida Production. Mengambil tajuk yang sama, drama tersebut akan ditayangkan di slot akasia tv3 secara bersiri selama 28 episod. Setiap Isnin hingga Jumaat, Jam 7 malam. Berikut secara ringkas maklumat mengenai drama Bidadari Salju :-

drama slot akasia tv3
Sumber : Myinfotaip

RINGKASAN INFO TENTANG DRAMA BIDADARI SALJU TV3

EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020 
WAKTU SIARAN : Isnin-Jummaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
PENGARAH : Reza Badarudin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah dan Damia Qaissarah.

PELAKON DAN WATAK DALAM BIDADARI SALJU TV3

Sweet Qismina sebagai Kayra
Adam Lee sebagai Hariz
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Fimie Don sebagai Naufal
Chacha Maembong sebagai Dania
Jaja Iliyes sebagai Anita 
Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
Siti Khadijah sebagai Marissa
Nizam Kama sebagai Asyraf
Puteri A'teeqah sebagai Athira 
Damia Qaissarah sebagai Yaya

LAGU TEMA / OST 

Mimpi - Haqiem Rusli

SINOPSIS PENUH DRAMA BIDADARI SALJU TV3

Bidadari Salju mengisahkan tentang Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya.

Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.

8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.

Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. - Sumber : Myinfotaip

SINOPSIS PENUH DARI NOVEL BIDADARI SALJU

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri.

Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu.

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga. - Sumber : goodreads

Reviews Dari Pembaca Novel Bidadari Salju

Pertama sekali, ramai yang komen kata novelnya tebal sampai 1265 mukasurat. Sanggup tak baca novelnya? Tebal tu. Senaskah dijual dengan harga RM36.90 tau. Apa-apa pun, rata-rata daripada mereka berpendapat bahawa jalan ceritanya menarik untuk dibaca.

Tu novel.

Macam mana pulak kalau dah diadaptasi ke dalam drama? Yang tu kena tunggu dua minggu lagilah, kalau nak tahu best ke tidak. Kan?

#BidadariSalju
#AkasiaTV3