Bila Anak Mengalami Ruam Di Leher

Bila Anak Mengalami Ruam Di Leher | Assalamualaikum, hai... Dua minggu yang lepas tak update blog gara² cik D tak nak berenggang dan asyik mengempeng. Fiza syak, mungkin dia rasa tak selesa kerana di lehernya terdapat ruam yang sedikit berair dan berbau... Nampak merah macam melecur.

Ruam di leher
Gambar leher baby D semasa ruam

Kenapa Ruam Di Leher Bayi Terjadi?

Apa yang Fiza perhatikan pada baby D, ruam di leher dia berlaku adalah disebabkan oleh bahagian lehernya yang sering lembap... Al-maklumlah cuaca sering panas dan baby D jugak sejenis yang aktif. So, automatik kuat berpeluh... Tambahan, badan dia semangat... Jadi leher pun 'terpadat'... Selalu jugak Fiza lap... Tapi tula, benda nak jadikan... Nak buat macam mana. 

Nak ke klinik time convid ni macam malas je nak menunggu. So, mula² Fiza letak tepung ubi... Seperti petua orang dulu-dulu... Dah sudah, semakin merahlah pulak. Fiza hentikan penggunaannya... Dua hari jugaklah guna. Semakin teruk lagi ada. 

Ubat ruam

Lepas tu, Fiza try pulak letak bedak Agnesia... Botol color merah tu. Alah... Bedak dulu² yang mak² selalu bubuh kat badan bayi lepas mandi tu. Tapi yang ni dah packaging baru... Pun tak berkurang. Sama je. 

Actually, dah 3 orang anak... Fiza memang tak suka letak bedak di badan anak²... Fiza lebih prefer letak losyen je. Tu pun kalau ingat... Hehe. Lebih suka cium bau baby yang natural. 

Ruam tu takdelah banyak sangat. Setempat. Sebesar syiling 50 sen. Tak merebak pun... Mula², Cuma kemerahan dan melecet je. Bila diletakkan bedak... Ia semakin kemerahan dan berair. Sian baby D... Seharian meragam. So, Fiza decide cari ubat ruam di farmasi terdekat. 

Ubat Untuk Alahan Atau Ruam Di Leher

Before ke farmasi, Fiza send gambar leher baby D dengan encik suami... Supaya senang ahli farmasi nak suggest ubat apa yang sesuai untuk ruam tersebut. Nak bawak baby D sekali ke farmasi... Takut pulak time pendemik ni... Kan? 

So, ahli farmasi tersebut kata... Ada 2 jenis ubat untuk ruam baby yang ada... Calamine lotion dan condacort cream. Malas nak fikir panjang... Dua² encik suami belikan. 

Lepas mandi petang Sabtu minggu pertama kena, Fiza try sapukan condacort cream... Dua hari jugaklah mencuba, still sama malah semakin kemerahan. Try pulak calamine lotion... Pun, sama. 

So, masa checkup 6 bulan hari tu... Fiza terus bagitau nurse. Dhia pun dirujukkan kepada doktor. Doktor bagi cream... Pun sama. Semakin merah. Tapi doktor ada cadangkan... If ubat yang dorang bekalkan tak berkesan... Try cari Sudocream

Ubat untuk ruam bayi

Balik dari klinik, kami pun ke farmasi... Try jugak cari. Alhamdulillah... Ada. Sama jugak... Lansung tak berkesan. Last sekali Fiza beli cream jenama pureen

Leher baby D selepas sehari penggunaan pureen

Ubat ruam di leher melecet

Alhamdulillah, dua hari pakai... Ruam semakin kering dan mengelupas. Akhirnya, bermacam-macam cream dah cuba... Jumpa jugak yang sesuai dengan kulit Dhia. 

So, lepas ni nak kena lebih extra care. Huhu... Tak pernah lalui. That why, macam takut... Yelah! Kadang² kalau tak jumpa ubat yang sesuai... Boleh jadi lebih teruk dan merebak. Nauzubillah...

Lega haihh... Bila dah berminggu² alami ruam dan akhirnya sembuh. Dugaan betul. 

Anak korang pernah tak alami? 


Post a Comment

3 Comments

  1. Aie... oo tedah baby... berolah sik nya kena gia? mun kmk dolok nang makei Bephanten mun anak ada lelas gia... sekali sapu jak alu ok... dr anak no 1-4 nang makei cream ya ajak kmk koh.. tp kulit baby tok sensitif... ya lah mun dah ngasi sigek ya, sigek ya ajaklah alu dipakei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berolah juak nya... Mun time panas. Tuk ok dah juak makey pureen.

      Delete
  2. calamine lotion selalunya macam better kalau ruam. Alhamdulillah akhirnya ada juga produk yang berkesan.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com