Ayam Masak Goreng Kunyit Simple Dan Mudah Untuk Disediakan

 Ayam Masak Goreng Kunyit Simple Dan Mudah Untuk Disediakan | Assalamualaikum, hai... Korang tengah buat apa? Hurmm... Sementara baby D tidur, Fiza nak share satu resepi ni. Walaupun bersepah resepinya di google, mungkin resepinya versi berbeza. Actually, duatiga hari ni... Ramai rakan fb Fiza share video masak... Ayam goreng kunyit. Tapi versi bersambal ala² ayam penyet. So, Fiza tryla buat semalam untuk sajian tengahari kami. Tapi Fiza tak buat pun sambalnye. Just buatkan ayam goreng kunyit je. Not bad, encik suami kata sedap... Rasanye ala² yang dijual dekat kedai dan suprisingly... Pagi tadi encik suami request lagi untuk bekal ke pejabat. Huhu... Seawal 4.30 pagi Fiza dah bangun oiii. 

Haha... 

Resepi Ayam Masak Goreng Kunyit

Ok²! Direct to the point... Fiza letak resepinya di sini pun... Kot² lah ye lupa resepinya, bolehla rujuk blog sendiri. Nanti tak perlulah nak google satu per satu. Betul tak?

Untuk bahannya... 

Fiza guna 500gram ayam, 2 sudu kari, sedikit kunyit, 1 cube ayam, 2 sudu tepung jagung, 2 biji bawang holland, cili, kacang buncis, carrot. Boleh jugak add-on bunga kobis. Tapi, untuk Fiza... Fiza add-on bahan yang ada je... Iaitu carrot, bawang holland dan daun bawang. Sedikit perencah secukup rasa maggie dan minyak untuk menggoreng. 

Resepi

Nak membuatnye pulak... First, gaulkan ayam dengan tepung jagung, kari, kunyit dan cube ayam. 

Panaskan minyak dan masukkan ayam. Setelah hampir masak... Masukkan carrot, bawang holland dan daun bawang. Nak tambah kacang buncis dan bunga kubis pun boleh tau. Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa maggie. Dah siap, toskan. Mudah dan simple kan? 

Selamat mencuba! 

#ayammasakgorengkunyit


Post a Comment

4 Comments

  1. Sedapnyaaaaa...dah la suka....thanks share resepi...

    ReplyDelete
  2. Sedap. Masakan mudah dan simple tapi menyelerakan. Kalau dah ada lauk ni senang sekali dengan sayur. tak payah masak menu lain dah.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com