Drama Terbaru Menggantikan Cindai Di Slot Samarinda TV3

Drama Terbaru Menggantikan Cindai Di Slot Samarinda TV3 - Assalamualaikum, hai... Malam ni merupakan episod akhir untuk drama Cindai. Drama terbaru selepasnya adalah drama Camelia... Di mana akan mula bersiaran esok malam jam 10 malam di slot samarinda tv3.

Camelia
Sumber blog Naomei

Sinopsis Camelia, Slot Samarinda TV3

Based on sumber,  drama Camelia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang porak peranda kerana perangai anak-anak yang suka meroyan.

Mariam tertekan sejak kecil kerana dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak ayah dan abang angkatnya Malik berada di pihaknya, Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga buat Mariam trauma.

Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'Split Identiti'. Identiti yang mahu kelihatan lebih cantik dari Marina. Identiti yang bernama Camelia.

Camelia mula menguasai diri mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sejak dari kecil dapat mengalahkan Camelia.

Nampak gayanya konflik Mariam mencari diri-sendiri perlukan sokongan suaminya Malik. Berjayakah Malik mengembalikan Mariam sebelum Camelia menguasai diri Mariam.

Ikuti kisah mereka dalam drama Camelia yang akan bersiaran pada 16 Januari 2020 menerusi Slot Samarinda tv3. Antara barisan pelakon yang mewarnai drama Camelia adalah seperti berikut :-

  1. Saharul Ridzwan sebagai Malik
  2. Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
  3. Ain Edruce sebagai Marina
  4. Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
  5. Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su

First time tengok Saharul Ridzwan dan Diana Danielle digandingkan bersama. Betul tak? Macam menarik je?... Kan?



Post a Comment

2 Comments

  1. Best juga layan cerita ni. Menjadi watak marina ain edruce tu. Geram pulak bila marina tu tak berubah² perangai

    ReplyDelete
  2. kmk baru joggathon ceta tok... bkn marathon... haha... br sampei part nya 2 nk nikah... so far lom penah gik nangga live di tv... nangga youtube jak.. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com