Sambal Bilis 3 Bawang, Mudah Dan Sedap

Sambal Bilis 3 Bawang, Mudah Dan Sedap - Assalamualaikum, hai... Apa khabar semua? Fiza pulak... So far so good. Masuk trimester ketiga, nafsu makan tak dapat nak di bendung. Bilis goreng pun, boleh bertambah-tambah nasi dibuatnye. Hurmmm...

Diharap, next reviews BSP takdelah kantoiii...

Bercakap pasal bilis goreng. Semalam masa dinner, selain ayam masak kicap untuk anak-anak... Dan sayur campur. Fiza ada jugak buatkan pusuk goreng dengan 3 bawang. Perghh! Penangannye tu... Membuatkan Alia request sampai dua pinggan nasi. Encik suami pun sama. Sudahnye... Ayam masih berbaki, bilis goreng pulak yang licin. Haihhh!...

Apalagi, Kena updated di blog ni. Nanti Kak Alia dan Ain boleh rujuk resepi mak dorang. Haha... Kalaulah blog ni masih wujudlah kan.

Ikan bilis 3 bawang

Resepi Bilis Goreng Sedap Dan Anak-Anak Pun Suka

Nak buat sambal bilis stail Fiza ni tersangatlah mudah. Bahan pun... Cuma dua genggam ikan bilis, satu bawang holland, 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, sedikit kicap dan sos cili.

Cara membuatnya pulak... Hiriskan kesemua bawang. Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Ketepikan kejap. Masukkan bawang... Goreng sehingga naik bau... Masukkan balik ikan bilis... Then, perasakan dengan kicap dan sos. Nak bubuh cili pun boleh sebenarnya. Tapi, anak² Fiza tak suka makan pedas... So, takdela nak bubuh cili... Bagai.

Mudahkan. Selamat mencuba!

Post a Comment

7 Comments

  1. ni kalo mkn ngn ns panas2.. telo mata.. sedapppppp ya ampun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Memang kalah lauk ayam dibuatnye. 😂😂😂

      Delete
  2. Nampak sedap tu ha....nanti nak buat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius sedap SA... Lagi² kalau letak cili. Hurmmm.... Hancur diet dibuatnye. Hehe...

      Delete
  3. waalaikumussalam. memang sedap sambal bilis, feveret saya jugak. kadang malas nak buat, beli yg dah siap. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Tapi tempat Fiza susah nak dapat orang yang menjual bilis goreng. That why malas pun... Kalau dah teringin... Kena jugak merajinkan diri.

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com