Quote Dan Frame - Assalamualaikum, hai. Selamat malam semua. Harini Fiza lambat sedikit bersiaran. Namun, entri ini bukanlah nak bercerita tentang kenapa Fiza lambat updated blog... Tapi, nak berkongsi tentang dekorasi. Sementara kerja² mengecat rumah tak siap lagi... Fiza ada jugak survey quote yang menarik untuk di frame kan...

Actually, benda² macam tu ada je dijual di shopee. Range harga pun RM6 ke atas... Tak termasuk postage. Bila difikir-fikirkan... Why not, kita print sendiri. Then, beli je frame di kedai. Kan? At least, boleh buat pilihan di depan mata. Sebab... Bila dikira-kira... Macam mahallah pulak... Kalau beli kat shopee. Haha... Dasar kedekut sungguh.

 Baca Juga  : Jenama Cat Menjadi Pilihan

Quote dan frame

Bila dah berkira-kira tu... Mulalah google untuk mencari idea. Alhamdulillah, semalam Fiza try print dan masukkan dalam frame. Wah! Cantik pulak Fiza tengok. Fiza just guna kertas biasa okey. Bukannya glossy paper.

Bajet untuk 4 frame :
1 frame RM4.90 x 4 = RM19.60
Paper one Rim RM11.00
Total up = RM30.60

Frame tu Fiza beli di kedai Supersave. Dah lama beli sebenarnye.

Murah ke mahal?... Yang penting puas hati dan cantik. Jimat pulak tu. Satu rim paper tu boleh print beratus quotes. Kan?

Lepas ni, Fiza nak download pulak ayat² Al-Quran... Untuk yang ni, Fiza share kat bawah ye... Sila²lah muat turun kalau nak...



Semoga bermanfaat hendaknye. Korang ada idea tak untuk dekorasi frame. Bolehla bagi cadangan jugak kat Fiza. 😊😂😂😂

Website untuk download free quote printable ke, Bolehla share jugak di sini.  😂😂😂