Cekodok Lobak Merah Plus Baby Shrimp Pun Boleh!

Cekodok Lobak Merah Plus Baby Shrimp Pun Boleh! | Assalamualaikum, hai... Pagi ni, korang sarapan apa? Fiza pulak... Buat cekodok lobak merah je. Hujan di luar, so malasla nak keluar cari kuih-muih. Masak je apa yang terlintas di fikiran. Janji suami dan anak-anak suka... Itu sudah mencukupi. Kan?

Cekodok baby shrimp

Dalam cekodok yang Fiza buat ni... Selain carrot, terdapat ramuan lain yang dicampurkan di dalamnya. Antaranya adalah seperti udang kering halus. Kalau dalam bahasa Sarawak, ia disebut 'bubuk' dan dalam bahasa omputeh pulak... Ia disebut Baby Shrimp. Kemudian, add-on bawang holland dan cili dihiris halus. Last sekali masukkan perencah maggie secukup rasa dan air untuk bancuhan.

Informasi Tentang 'bubuk'

Actually, for those yang tinggal di area Bintulu dan Miri... Pastinya cukup sinonim dengan 'bubuk'. Kebiasaannya, musim 'bubuk' akan datang pada bulan Mac. Masa tula korang akan tengok nelayan memperolehi udang halus yang sangat banyak. Selalunya, di Bintulu dan Miri... Dorang akan buat belacan dengan 'bubuk' ni. Ada jugak yang buat cencaluk dan buat menu makan² seperti umai bubuk. Fuh! Terliur pulak apabila mengenangkannya. Haha...

Bubuk atau baby shrimp
Sumber : Dygsenandung

Tapi, di tempat Fiza... Selalunya jumpa yang dah dikeringkan je. Tu pun kami just guna sebagai penambah bahan dalam cekodok.

 Baca Juga  : Cekodok 5 Bahan

Alhamdulillah... Walaupun simple, Alia dan Ain kemain selera lagi makan. Short updated dari Fiza untuk pagi ni. Petang nanti nak ke klinik, check BP. Begitulah rutin mak buyung yang usianya dah melewati 37 tahun... Macam² dugaan. Haha... Tetiba bermonolog dah kenapa.

Okeylah... Before merapu panjang... Baik Fiza stop dulu ye. Nanti kita sambung di lain entri.

Bye...

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. sedap..makan dengan kopi o panas di hari hujan..mmg x ingat donia..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Cuaca hujan confirm tercari² makanan. Apa je terlintas difikiran... Tula yang terhasil. Not bad. Sedap bila dicicah dengan sos dan mayonis. 😋

      Padam
  2. Tak pernah lagi cuba cekodok lobak merah. Nampak sedap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Not bad Jannah. Anak² akak memang suka cekodok carrot. Kekadang tu... Cekodok kacang panjang pun ada akak buatkan. Tapi kena add-on ramuan lain jugak seperti bawang, udang ke... Dengan maggie secukup rasa... Barulah sedap rasanye. Alhamdulillah...

      Pastu cicah pulak dengan mayo dan sos. Memang lupa dorang dalam cucur ada sayur dibuatnye. 😂

      Padam
  3. Nang rare lah carrot dicucur.. salunya kentang jak.. hehehe... janji mak masak kompom anak suka bah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Salu juak kamek polah. Carrotnya dipotong halus²... Yalah Ain eh duak Alia suka gilak makan lebih² lagik cicah dengan sos mayo.

      Padam
  4. wah.. boleh cuba sbb tak pernah lg terfikir nak letak lobak merak buat cucur mcm nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubala... Letak tauge, daun bawang sekali. Pergh! Memang sedap...

      Padam
  5. hujan2 begini mmg syok mkn cekodok..ltk sayur banyak2 fuh heaven rsenya..btw salam kenal sis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Salam kenal jugak. Thanks kerana sudi singgah dan baca entri Fiza.

      Padam
  6. puuu nyaman tok fiza, mkn dengan cabi pedas, ngalir ingus pun sik duli asal lancar ngap msk nyawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Alu sik nyingo orang olehnya nak ooo...

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com