Sotong Masak Kicap Campur Kacang Panjang

Sotong Masak Kicap Campur Kacang Panjang | Assalamualaikum, korang apa khabar? Fiza Alhamdulillah... Sihat hendaknya. Ini kisah Jumaat last week... Untuk Lunch korang masak apa? Mesti jenuh kan nak fikir masak apa untuk suami dan anak-anak.

Fiza pulak... Based on apa yang ada dalam peti sejuk. Masak je apa-apa, yang penting perut berisi. Lagi pulak, encik suami dan anak-anak sejenis yang tak memilih. Alhamdulillah, urusan masak memasak Fiza setakat ni dipermudahkan. Cumanya, lately... Setelah encik suami disahkan penghidap gout... Maka, Fiza kenalah berhati-hati dalam menyediakan hidangan. Tapi, tak bermakna Fiza dan anak-anak pun turut berpantang. Contohnya, untuk menu hari Jumaat last week... Fiza masak ayam masak kicap, sotong kicap kacang panjang dan sayur sawi. Pencuci mulut pulak... Buah betik je. Al-maklumlah, tengah nak naikkan Hb... So, kenalah ada dessert yang boleh bantu naikkan hb jugak. Kan?

sotong masak kicap kacang panjang

Resepi Mudah Sotong Masak Kicap Campur Kacang Panjang
Actually, sotong adalah makanan laut kegemaran Alia dan Ain. Fiza pulak... Kalau tak kerana Hb 10.6 g/dl masa first registration haritu... Memang jaranglah nak makan sotong. Bukan tak suka, tapi bagi Fiza... Ia agak renyah untuk disediakan. Fiza sejenis yang tak suka tengok kulit luar sotong yang hitam tu... Kalau buat, mesti buang dulu. Entahlah! Memang tak sah kalau tak dibuang kulit luarnya. Ada orang boleh je potong terus tanpa buang kulitnya... Kan?

So, dah alang-alang bercakap pasal sotong... Kali ni Fiza nak share jugaklah resepi mudah bagaimana nak masak sotong... Masak kicap, campur pulak dengan sayur kacang panjang. Ni resepi dua dalam satu. Kalau nak cepat memang sesuai la... tak perlu nak masak asing-asing sayur dan sotong... Just campur je. Pun sedap! Bahan pun sikit. Selalunya orang bujangla yang suka resepi simple² begini. Betul tak?

Ok! Ni resepinya...

Bahan untuk menumis bawang putih, bawang merah, cili segar dan halia... Tumis sehingga naik bau. Masukkan sotong. Masukkan kicap masin... Bila dah hampir masak, baru masukkan kacang panjang... Gaulkan. Perasakan dengan sedikit ajinomoto... Dan terus angkat. Kalau Fiza tak suka gaul lama-lama... Suka biarkan kacang panjang tu masih segar... Krang krup bila dimakan. Baru ada kick. Hahahaha...

Sedap sangat bila dimakan dengan nasi panas-panas. Walaupun simple, alhamdulillah... Kerana masih diberi kudrat untuk memasak sendiri. Bertambah-tambah nasi Alia dan Ain oiii...

Tu jela Fiza nak update. Terima kasih...

#resepi
#resepimudah
#resepiorangbujang
#sotongmasakkicapcampurkacangpanjang

Post a Comment

2 Comments

  1. Nampak sedap ja. Lepas ini boleh Naim try masak plak hehe

    ReplyDelete
  2. ohoohoi cheq suka cheq suka..
    lauk sootng semua cheq suka =D

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com