Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Di Sekolah Anak-anak

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Di Sekolah Anak-anak | Assalamualaikum, harini agak lambat bersiaran. Biasalah hujung tahun, pelbagai event sekolah yang ibubapa akan hadiri sebagai memberi sokongan kepada anak² dan pihak sekolah.

Harini merupakan hari penyampaian hadiah untuk sekolah encik suami. Kak Alia dan Ain dapat anugerah. So, Fiza pun dijemput sama untuk menghadiri majlis tersebut.

Alhamdulillah, tahun ni kak Alia dapat 5 anugerah termasuk akademik terbaik dan KAFA terbaik tahun 1.

Ain pulak, walaupun prasekolah 5 tahun... Pun dapat jugak 2 anugerah. Syukur sangat². Banyak hadiah yang dorang dapat... Rasanya dah tak perlu dah beli alat tulis. Pensil dan warna pun berkotak². So,  dalam senarai keperluan next year... Fiza dan suami,  Just beli kasut dan baju jela untuk dorang. Beg pun dorang dapat masa Apc tadi. Alhamdulillah...

Majlis Apc anak-anak
Selesai majlis, kami terus balik. Sampai rumah kemain excited mereka berdua buka hadiah... Anak²... Macam² ragam, dengan tudung... Stokin tak dibukak. Sabar jelah.

Tapi, bila melihatkan gelagat dorang... Teringat pulak Fiza waktu sekolah rendah dulu. Every year... Sah! Akan bolot banyak hadiah. Balik rumah... Pagi petang siang malam asyik tengok hadiah je keja selagi sekolah tak bermula. Haha... Tu la kot anak² pun berperangai sama. Kan?

Apa² pun, Fiza rasa setakat tu je kot yang Fiza nak updated. At least, nanti... Bila dorang bukak blog ibu dorang... Sikit sebanyak dorang akan baca kisah dorang. Wallahu'alam...

Mak buyung nak beradu sekejap. Nanti ada masa Fiza balas kunjungan korang ye. 👋 👋 👋

Post a Comment

4 Comments

  1. Tahniah Alia dan Ain. Seronok masing-masing dapat hadiah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza. Tu la... Sampai rumah masing² sibuk bukak hadiah. Sabar jelah... Tak meletak harapan tinggi pun dekat dorang, janji enjoy ke sekolah tanpa tekanan. Bila dapat APC tu... Kira berbaloila dengan usaha dorang yang tak pernah merunggut bila ke sekolah.

      Delete
  2. tahniah atas kecemerlangan anak-anak.
    Sisyat pun hari ni penuh jadual hadir majlis anak-anak. Seronok dapat tengaok diorang naik pentas :-)
    pembakar semangat untuk lebih berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sisyat. Semoga anak² kita sama² berjaya di dunia dan akhirat hendaknye. Aamiin...

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com