Mesin Basuh LG Turbo Drum Tak Boleh Buang Air, Apakah Puncanya?

Mesin Basuh LG Turbo Drum Tak Boleh Buang Air, Apakah Puncanya? | Assalamualaikum, selamat pagi. Anak² dan encik suami dah ke sekolah. Apalagi ... Sementara mood rajin nak updated blog bertandang, Fiza curi masa yang ada untuk share tentang satu informasi berkaitan kerosakan pada mesin basuh Lg TurboDrum yang kami miliki.

Kenapa Mesin Basuh Lg Turbo Drum Tak Boleh Nak Membuang Air?

Drain Motor Rosak
Dah seminggu dah mesin basuh Lg kat rumah mak rosak. Bila mesin basuh rosak, jawabnya... Kenalah mencuci pakaian menggunakan tangan. Memandangkan Fiza pregnant... Encik suami pulak lansung tak bagi Fiza mencuci. Sudahnya... Dia yang cuci baju kami anak beranak. Sian pulak kat dia...

Jenama mesin basuh tahan lama
Inilah keadaan terbaru mesin basuh LG TurboDrum kami yang dah berusia lebih daripada 10 tahun
Bila dah lama tak mencuci pakaian menggunakan tangan... Semua complaint... Penat oiii. Haha...

Dek kerana itu... Seperti biasa, before ambik keputusan untuk hantar ke kedai mekanik... Adik cuba untuk baiki sendiri berpandukan tutorial yang ada di youtube. Bila try and error... Rupa-rupanya drain motor mesin yang rosak. So, adik pun carila di Shopee... Kot² ada dijual.

Sumber gambar daripada google image

Alhamdulillah... Adik jumpa, terus beli. Harga termasuk postage... RM47 je. Bila dah sampai petang Jumaat last week, Adik cuba baiki sendiri. Alhamdulillah rezeki kami, walaupun dah berusia lebih dari 10 tahun... Mesin basuh tersebut masih lagi boleh digunakan. So, lepas ni... Takde siapa lagi dah yang merungut kata penat. Kan? Haha...

Haritu ada jugak usha mesin basuh dengan encik suami. Ingat nak beli satu bila dah pindah rumah sendiri nanti. So far, kami dah sepakat dah... Nak beli mesin basuh Lg Turbo drum jugak.

Kenapa Nak Kena Beli Mesin Basuh LG Turbo Drum Juga?

Very recommended. Seriously! Setakat ni, tula jenama mesin basuh kami yang tahan lama. Bayangkan... Dah lebih 10 tahun, still boleh digunakan lagi. Tak silap termasuk ni, baru dua kali rosak. Dua² kerosakan, Alhamdulillah semuanya dibaiki sendiri. Tak pernah lagi hantar ke kedai.

 Baca Juga  : Cara baiki Mesin Basuh LG Turbo Drum keluar dE Error

Kemudian...

Senang! Sebab... Kat youtube banyak video cara membaikinya, at least kita boleh try baiki sendiri dulu before hantar kedai. Kekadang bila hantar kedai... Harga upah baiki boleh mencecah ratusan tau... Bukan nak kata orang kedai menipu ke apa... Dorang charge pun based on harga spare part, kepayahan membaiki dan sebagainya. So, tak hairanlah kan. Tapi, at least... Bila kita cuba baiki sendiri... Kita boleh kurangkan bajet. Macam adik... Just beli spare part je. Tak sampai RM50 dah boleh pakai balik. Kan jimat. Tapi, pastikan orang yang baiki pun kena ada kemahiran dalam bidang elektrik. Dulu, adik masa study memang ambik bahagian elektrik... So, ada jugaklah ilmu pasal penyambungan elektrik semua tu.

Kemudian spare part pun senang nak dapat. Beli kat shopee je. That why, Fiza kata sangat bagus. Ke korang ada jenama mesin basuh lain jugak yang tahan lama, tapi harga lebih murah?... Jom kongsikan mengenainye.

Apa² pun terima kasih kerana sudi baca entri Fiza. 👋 👋 👋

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah, Mujur ada yang pandai buat.. kalau kami memang jadi rezeki tukang repair je.. Elok boleh repair nanti jadi jahanam pulak.. Kat rumah Mesin basuh Panasonic rasanya.. usia 9 tahun, baru servis sekali sebab sumbat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panasonic pun tahan lama jugak. Tengok kak ipar beli, dah lama jugak dia guna.

      Delete
  2. Bagus tu masih boleh berfungsi dengan baik lebih 10 tahun. Spare part pun masih jual dan boleh baiki kira okay lah tu. Menjimatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far Alhamdulillah Fiza... Setakat ni boleh lagi baiki sendiri. Boleh jugak jimat. Hehe...

      Delete
  3. bila mesin basuh rosak or tak function ni runsing betul. kitorg smpi kene isi air manual. haha

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com