Aiskrim King's Wafer Yam

Aiskrim King's Wafer Yam | Assalamualaikum, petang semalam... Fiza dan anak² menemani encik suami ke pejabat tanah dan survei. Ada sedikit urusan berkenaan tapak rumah baru kami. Settle urusan... Anak² ajak singgah ke kedai.

Apalagi, bila nampak peti aiskrim... Masing² ambik aiskrim kesukaan masing². Dah lama nampak aiskrim king's wafer... Tapi, tak fikir pun nak beli. Bila dah nampak... Fiza belilah satu. Hehe... Belilah jugak, walaupun Fiza gdm on diet sekarang ni.

Aiskrim king's wafer yam

Nak buat macam mana, teringin punya pasal... Beli jela kan. Korang pernah rasa tak aiskrim King's Wafer Yam ni?

Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Wafer Perisa Yam

Actually, di tempat Fiza ia dijual dengan harga RM1.80 sebungkus. Bila Fiza google, ada tempat... Ia dijual dengan harga RM1.50 sebungkus. Harga berbeza mungkin disebabkan jarak tempat. So far, harga takdelah jauh beza. Boleh diterima akal lagi. Pada Fiza sangat berbaloi beli dengan harganye.

 Baca Juga  : Review aiskrim unicornetto

Ia mempunyai pelbagai perisa jugak... Termasuklah perisa vanila, coklat, durian dan yam. Terbaru, Fiza tengok... Ada perisa blueberry dan mangga. Tercari-cari jugak dua perisa tersebut semalam... Tapi tak jumpa. Maybe takde lagi kot kat area Fiza. Kan?

Untuk perisa yam, rasanya sangat sedap. Manisnya tak keterlaluan... Maybe disebabkan adanye wafer, so rasa manisnya agak seimbang la. Saiz pun boleh dihabiskan. Pendek kata, ia tidak mengecewakan.

Nanti bila teringin, bolehla repeat beli. Hehe... Walaubagaimana pun, itu based on anak tekak Fiza la ya. Lain orang lain citarasa dan pendapat. Betul tak? Kang... Ada pulak yang kata Fiza menipu. Hehe...

Botol air 500ml

Lately, lepas makan benda² manis... Fiza mesti akan tercari² air suam. That why, ke mana-mana pergi... Mesti ditemani botol kecil ni. Part minum air kosong, Fiza takde target pun... Dapat habiskan dua botol kecil ni sehari pun dah bersyukur sangat...

Alhamdulillah... Terlepas jugak hajat Fiza nak makan aiskrim King's wafer yam akhirnya. Puas hati sangat!

Korang dah try tak aiskrim king's wafer ni?

Post a Comment

2 Comments

  1. Lama betul tak makan aiskrim wafer tu..aiskrim biasa pun dah jarang makan dah. Teringin je baru beli. Kalau makan benda manis memang kena bilas dengan air masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun... Bila teringin je baru beli. Lately, cuaca panas petang²... Anak² akak tak habis² mintak dibelikan aiskrim... Sesekali layan je kemahuan dorang. Sudahnya mak ayah pun terikut sama. 😂😂😂

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com