24 May 2019

Koleksi Resepi Biskut Paling Mudah, Paling Popular Orang Buat Bila Menjelang Raya Di Sarawak

Koleksi Biskut Paling Popular Wajib Ada | Assalamualaikum semua, korang tengah buat apa? confirm! Mesti ada yang dah start buat biskut raya kan. Betul tak? Fiza pulak satu benda pun tak buat lagi. Entahla... Maybe, disebabkan beraya di rumah mertua kot... That why, lambat lagi rasanya nak buat persiapan.

Walaupun lambat buat persiapan, biskut Fiza jarang membeli. Fiza lebih suka buat sendiri... Bila dah buat sendiri, resepi kenalah ada. Kan? Selalunya, Fiza akan cari resepi yang mudah nak buat, bahan digunakan pun tak banyak. Then, paling penting... Ia merupakan biskut yang sering kita jumpai... Bila bertandang di rumah orang.

Pendek kata, mesti ramai yang nak biskut bajet... Tapi ramai orang suka. Ahha... Gitu! Hehe...

Dipendekkan cerita, Di sini Fiza nak share jugaklah 7 Koleksi resepi biskut mudah dan paling ramai orang nak buat. Antaranya :-

#BISKUT NESTUM

biskut nestum
Sumber dari Facebook

Pertama, biskut yang selalu kita jumpa bila musim perayaan adalah biskut nestum. 
Bahan-Bahan :
1 cawan butter
2 cawan nestum
3/4 cawan gula halus
2 cawan tpg gandum
1 cawan tpg jagung
1 biji telur
1 sdt esen vanilla

Cara membuatnya:
Pukul gula dan butter sehingga kembang
Masukkan telur & esen vanilla. Pukul lagi.
Masukkan tepung jagung, gandum & nestum. Kemudian, gaul sebati, Terap dan bakar selama 20 minit.

Mudahkan?

#TART NENAS

Kemudian, Biskut paling famous memang tak kan lupa orang nak buat adalah biskut tart nenas. Nak biskut tart nenas yang gebu gebas, Fiza kongsikan resepinya seperti berikut.

tart nenas
Sumber Azie Kitchen

Biskut Tart Nenas

Bahan-bahan:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kuning telur + sedikit air  +  pewarna kuning - sapuan

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.
Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.
Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.

#TART CADBURY

Selain tart nenas, ada jugak tart cadbury. Tak silap, last year lagi dah viral. So, alang-alang dah bercakap mengenainya... Di Sini jugak Fiza nak share lah resepinya. Oh! ya, ini resepi tart paling sikit bahan tau. 


tart cadbury unggu
Sumber Facebook

Bahan-bahan :
Tepung gandum 1/2 kg
Mentega / Butter 1 bungkus (saya guna Buttercup)
Coklat Cadbury (pastikan baru keluar dari peti sejuk beku supaya tak cair)
Pewarna unggu

Cara membuatnya :
Gaulkan Mentega,Tepung dan sedikit pewarna unggu
Pertama sekali, campurkan 1/2 kg tepung gandum bersama 1 bungkus mentega.
Untuk resepi ini menggunakan Buttercup saja. Kalau nak lagi sedap, boleh gunakan pure butter yang mahal sedikit harganya. Contoh jenama pure butter ini antaranya Anchor, SCS, atau Golden Churn.
Gaulkan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi doh.
Seterusnya dah boleh gunakan acuan kuih tart. Keluarkan coklat dari peti sejuk beku.
Balutkan coklat sampai semuanya tertutup.
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 5-7 minit. Sapukan kuning telur pada bahagian atas tart kalau nak dapatkan warna yang lebih menarik.
Kemudian bakar suhu 130 api atas bawah 30 minit. Ikut juga oven masing-masing untuk bakar sebab lain oven lain kepanasannya.
Sukatan ini boleh dapat dalam 80 biji tart cadbury.

Mudah kan. Selamat Menuba!

#SEMPERIT DAHLIA

Kemudian, biskut yang paling budak suka adalah biskut semperit dahlia. Setiap rumah pasti ada. Betul tak. Untuk semperit dahlia, Fiza suka resepi dari puan Azlina Ina. Beliau gunakan cawan untuk menyukat bahan. Lagi mudah. Kan... Ok, di bawah Fiza sertakan resepinya.

biskut semperit dahlia
Sumber Facebook

Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Bahan-Bahan :
1 cawan mentega /butter
1 cawan gula kisar
2 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
1 sudu teh esen vanila
hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan

Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia :
Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
Tambah tepung jagung jika masih lembik
Sapu dulang dengan butter
Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.

Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.

Resepi Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina

Sangat mudah. Selamat Mencuba!

#Florentine Cookies @ Almond Crispy Cookies

Kemudian, biskut yang famous jugak orang buat adalah biskut florentine.

biskut florentine
Sumber Shopee

Bahan-bahannya :
500 gram tepung florentine *beli dekat kedai bakeri 
500 gram almond slice
200 gram green pumpkin seed
100 gram kuaci 
40 gram bijan hitam 

Cara membuatnya :
Bakar semua kekacang almond, pumpkin, kuaci dan bijan selama 5 minit dalam suhu 160'c
Kemudian tuangkan tepung florentine ke dalam kekacang yang telah dibakar tadi. Gaul sehingga sebati. 
Then sudukan 1/2 sudu besar dalam bekas cupcakes. Bekas cupcake boleh recycle sampai habis.
Bakar pada suhu 160'c selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan. Ini depend pada oven masing-masing ok.

#BISKUT SARANG SEMUT

Selain biskut-biskut di atas, biskut sarang semut jugak adalah antara biskut popular dan paling orang suka buat.

biskut sarang semut
Sumber facebook

Kenapa?

Mestilah sebab resepinya mudah dan sedap. Betul tak?. Berikut adalah antara resepi biskut sarang semut yang pernah Fiza cuba. Serius! Sedap.

Bahan-bahan :
250gm butter/marjerin
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
2 cwn tepung kastard
1 cwn gula halus
1 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning (optional)
Esen vanilla
Coklat rice (hiasan)
Paper cup

Cara Membuat Biskut Sarang Semut :
Panaskan oven 180°C, selama 10 minit.
Pukul gula dan butter sehingga kembang.
Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.
Kemudian masukkan 3 jenis tepung tadi. Gaul hingga menjadi doh.
Parut doh, letak dalam papercup. Bakar 180°c selama 25 minit sehingga masak.
Taburkan coklat rice untuk hiasan.

mudah kan?

#CORNFLAKES MADU

Kemudian, biskut conflakes madu juga turut menjadi kesukaan ramai. Disebabkan mudah kot... Sana-sini kita boleh jumpa pelbagai versi resepi. Namun, Fiza suka akan resepi yang Azie Kitchen kongsikan. Sangat mudah!

cornflakes madu
Sumber Wanista

Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
rice (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara membuatnya :
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam paper cup dan taburkan  rice jika suka. 
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Demikianlah antara 7 resepi biskut yang paling popular dan paling orang suka. Kenapa ada 7 je... Berdasarkan pengalaman sendiri, kalau di Sarawak... Bagi yang kurang rajin macam Fiza... Paling banyak pun jenis biskut yang akan dibuat adalah 5 ke 7 jenis je... Selebihnya, akan ditambah pulak dengan pelbagai jenis kekacang di pasaran... Sebagai variasi hidangan kudapan di pagi raya.

Ok! Selamat mencuba semua.

1 comment:

  1. Wow tart cadbury tu nampak kellasss sangat 😎💁🏻‍♀️✨

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com