10 April 2019

Kisah Sandwich Di Prasekolah

Kisah Di Prasekolah

Setiap kali balik sekolah, Nur Ain dan Alia pasti teruja nak berkongsi cerita dengan Fiza.

Apa saje yang dorang lalui di sekolah pastinya akan diceritakan balik pada Fiza... Padahal Fiza tak pernah paksa pun dorang untuk bercerita apa yang berlaku di sekolah.

Cuma...

Setiap hari, dek kerana dah terbiasa... Fiza akan bertanyakan tiga perkara kepada dorang. Makan apa di sekolah, walaupun hakikatnya dorang bawak bekal, ada homeworks tak? Belajar apa di sekolah?...

Mungkin disebabkan tu kot, dorang dah terbiasa nak bercerita kepada Fiza.

Membuat sandwich telur di sekolah

Nak dijadikan cerita, balik sekolah semalam... Nur Ain bercerita pasal projek membuat sandwich telur di sekolah dorang sebelum waktu rehat. Kiranya... Menu untuk dorang makan waktu rehatla kan...

 So, Fiza tanyalah dia balik...

Fiza : Apa jugak bahan yang digunakan untuk buat sandwich adik?Nur Ain : Telur, bread, mayonis dan tomato ( laju je dia menjawab ). Lepas siap kami makan. Habissss... Mak. Sedap. Ain buat sendiri. ( sambil reaksi tangan menunjukkan cara membuat sandwich ).

Amboi kemain... Reti pulak makan sandwich di sekolah. Kalau di rumah jarangla dia nak, kalau bubuh tomato bagai.

Begitulah budak². Bila dah bersekolah, bergaul dengan kawan²... Semestinya, semua benda dorang suka.

Betul tak?

Nanti balik sekolah... Apa pulaklah cerita dia.

Nukilan Rasa,


3 comments:

  1. Seronoknya..itulah pengalaman mereka dari sehari ke sehari di sekolah..nanti menjadi kenangan indah dan manis..aamiin.

    ReplyDelete
  2. Hihi..teringat dulu zaman sekolah, waktu subjek KH ada kena buat sandwich telur juga. Cheq potong bawang tak cukup halus, kena sound dengan cikgu 😂

    ReplyDelete
  3. Kat sekolah, bila ramai2, makan apa pun sedap

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com