11 April 2019

Kamar Kamariah, Akasia Terbaru Gantikan Asalkan Dia Bahagia

Drama Kamar Kamariah, Bersiaran Selepas Asalkan Dia Bahagia

Masa menonton drama Asalkan Dia bahagia semalam, ada jugak tengok iklan scene Fizz Fairuz pukul Nabila Huda. Last iklan, tengok... Untuk slot akasia rupanya.

Berbekalkan hints tersebut, Fiza try cari info mengenainya. Rupanya scene tersebut adalah salah satu scene yang terdapat dalam drama Kamar Kamariah. Tak silap, start bersiaran pada 17 April nanti... Maksudnya, next week la kan... Mula ditayangkan.

Kalau ikutkan laman myinfotaip.com, ia dikatakan... Akan mengisi slot Zehra. Well, semuanya boleh berubah kan. Kena ikut fenomena penonton jugak dorang tv3 menyusun rancangan tv rasanya.

Kamar Kamariah
Sumber myinfotaip.com

  Baca Juga   : Sinopsis Asalkan dia bahagia


Sinopsis Drama Kamar Kamariah TV3

Based on laman sweetyzhanieyz83, drama tersebut mengisahkan tentang kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad ( Fizz Fairuz ) kepada isterinya tidak pernah diketahui oleh orang sekeliling.

Selain itu, drama tersebut juga menghimpunkan kesabaran isteri yang diduga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak terajang, namun dia masih bertahan.

Murad bukanlah lelaki ‘psiko’, tetapi lebih kepada bersikap baran. Personalitinya berbeza ketika di kampung dan di bandar. Di desa, dialah lelaki baik, alim dan tidak pernah meninggalkan solat. Di bandar pulak, dia menjalankan perniagaan kelab malam. Pendek kata, pandai berpura-pura.

Pada masa sama, atas pilihan ibunya yang sakit, Murad perlu berkahwin dengan Kamariah ( lakonan Nabila Huda ). Konflik bertambah apabila Kamariah melahirkan anak selepas enam bulan mereka bernikah. Keadaan itu menyebabkan suaminya menjadi baran. Siapakah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas kandungan tersebut sebenarnya?

Untuk mengetahui apakah yang berlaku disebaliknya... Kenalah tunggu akan kemunculannya nanti dalam slot akasia. Setiap Isnin hingga Jumaat. Jam 7 malam, semestinya di tv3.

Selain Nabila Huda dan Fiz Fairuz, terdapat pelakon lain yang turut terlibat. Antaranya Shafie Naswip sebagai Qhalif dan Engku Faridah sebagai Habsah.

Terdapat 13 episod.

Daripada sinopsis, kisahnya seperti sudah biasa didengari dan dilihat di dalam drama right. Namun, sesebuah drama itu boleh jadi menarik apabila pelakonnya mampu menghidupkan watak di samping jalan ceritanya yang tidak membosankan.

Menarik atau tidak kenalah tonton nanti... Sebab tak silap, drama ni bukanlah drama yang diadaptasi daripada novel... That why, kita tak boleh nak gambarkan menarik atau tak.

Kalau yang diadaptasi daripada novel... Kita boleh tahu menarik ke tak, based on ulasan para pembaca novel la kan...

Apa² pun, have a nice day...

Simple writeup pasal drama dari Fiza untuk korang.

Nukilan Rasa,


2 comments:

  1. Kalau bukan adabtasi daripada novel ianya ada unsur kejutan yang lebih kerana penonton tertunggu-tunggu setiap hari dengan sabar..kalau adabtasi novel..penceritaan dan novel lazimnya tidak lari jauh karekter atau babak-babaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.
      Kalau BUKAN ADAPTASI novel, setiap scene susah nak dijangka. Tapi berlainan dengan drama yang diadaptasi... Olahan ceritanya hampir sama.

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com