Sayur Kesukaan Suami
Weekend, bila banyak masa bersama... Semestinya ambik peluang yang ada untuk masak lauk kesukaan suami dan anak-anak.
Kacang panjang masak sos kicap
Alhamdulillah, selain ayam goreng tepung dan ulam daun pucuk ubi... Harini, untuk lunch... Fiza masak sayur kacang panjang kesukaan suami. Resepinya mudah je...
- Kacang panjang
- Bawang merah, putih dan halia dihiris halus
- Cili dihiris halus
- Ikan bilis letak dalam jumlah yang banyak
- Sos cili
- Kicap
- Ajinomoto
Nak masak mudah je. Goreng ikan bilis terlebih dahulu. Ketepikan... Tumis bawang, halia dan cili sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis dan kacang panjang, masukkan kicap sos dan ajinomoto. Bila dah nampak masak... Bolehlah dihidangkan. Sangat mudahkan.
Alhamdulillah, rezeki lunch kami yang sangat simple tapi cukup mengenyangkan. Nikmat apalagi kita nak dustakan... Kan?
#resepimudah
#kacangpanjangmasaksoskicap
4 Ulasan
Selamat menjamu selera.
BalasPadamSedap2
nampak menyelerakan pulak.. hehehe.. kalau makan dengan nasi kosong sahaja pun sedap jugak nihh.. selera orang kampung gitcheww... nyummmyyy
BalasPadamDah lama x mkn kacang ni...huhu
BalasPadamNyaman kcg msk keda tok tp lama sik msk sb mak sakit sendi mun mkn kcg pjg.
BalasPadamTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
fizalinolie@gmail.com