03 November 2018

Ulam Pucuk Ubi Penaik Selera Diri

Assalamualaikum, hai...
Ulam Pucuk Ubi Penaik Selera Diri | Alhamdulillah, dah lepas waktu makan tengahari bolehlah cerita mengenai makanan. Kan? Hehe. 

Tengahari korang makan apa? Kalau Fiza pulak, selain lauk pauk yang lain... Lauk yang paling win memikat selera kami laki bini adalah ulam pucuk ubi. Kat kampung, pucuk ubi tumbuh melata. Sini sana sinun, pasti ada pucuk ubi. That why, kekadang tak payah beli. Malah, ada jiran baik hati siap bersedekah lagi. Alhamdulillah... Rezeki orang nak bagi, pastinya diterima dengan suka hati. Kan!

So, malas nak pikir banyak... My mom pun cadangkan buat ulam je untuk makan tengahari kami.

Pucuk ubi rebus

Bagaimana Nak Rebus Pucuk Ubi Untuk Dijadikan Ulaman Yang Sedap

So... Petua my mom, untuk sedapkan ubi yang direbus. Letakkan sedikit minyak. Lebih kurang satu sudu kecil dalam air rebusan. Bila dah air menggeregak (***Betul ke ejaan ni?), baru masukkan ubi. Lebih kurang duatiga minit terus angkat. Tapi, Fiza lebih suka rebus lagi 5 minit nak makan. So, masih segar dan panas-panas cicah pulak dengan sambal bubuh belacan, limau, cili dan ikan bilis... Wowww... Sungguh memikat. Siapa yang on diet, confirm lari dari pendirian. Haha... Tengah menaip entry ni pun, Fiza still terliur tau.

Sambal belacan untuk pucuk ubi

Cara Buat Sambal Ulam Yang Kena Rasanya Dengan Pucuk Ubi Rebus

Kalau korang buat sambal ulam kan, semua sama je ke rasanya untuk semua jenis ulaman. Kalau Fiza, my mom ajar lain-lain. Ada jenis ulam letak limau kasturi. Ada jenis ulam, letak cuka. Untuk sambal pucuk ubi rebus, kami lebih suka tumbuk belacan letak ikan bilis, cili, air perahan air limau kasturi dan sedikit perasa ajinomoto. Rasanya... In Shaa Allah, pasti sesuai dan sedap.

Alhamdulillah, makan nasi dengan ulam pucuk ubi je pun boleh tambah dua pinggan nasi tau. Hanya penggemar ulam je akan merasai betapa bahayanya ulam pada diet harian. Bak kata encik suami... Rasa tak nak berenti makan weiiii... Hahaha.

Parah!!!

12 comments:

  1. Dah lama tak pekena pucuk ubi ni,, sama lahh kita.. Kalau makan nasi berlauk pucuk ubi ni je pun dah sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Memang nikmat tak terkata bila dapat ulam kan.

      Delete
  2. lama tak makan pucuk ubi. sejak kahwi dok bandar susah nak dapat. rindu kampung. nanti balik kampung nak makan la hihi.. memang sedap cicah sambal belacan pergh terangkat kak fizaaaa!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Di bandar kena carik dulu baru dapat kan.

      Delete
  3. Pucuk ubi cheery suka buat masak lemak..kalo buat Ulam kureng Sikit hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. O... Tak pernah lagi cicah dengan sambal kacang. Menarik tu pakcik. Nanti boleh pakcik share sambal kacang tu di blog.

      Delete
  5. Replies
    1. Kan... Ulam² mesti sedap. Fiza suka. Tak sah kalau takde ulam...

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com