26 March 2019

Claim Sample Susu Anlene Cafe Latte Tak Sampai Lagi?

Claim Sample Susu Anlene Cafe Latte Tak Sampai Lagi?

1 Mac 2019, Fiza pernah request sample Anlene Cafe Latte seperti entri Fiza di sini. Kalau ikutkan dalam masa 10 hari bekerja dah sampai dah. Tapi dah hujung bulan dah ni... Pun tak sampai. Jauh kot... Lagipun benda free, jangan berharap sangatla. Kan?

Takpelah...

Anlene Cafe Latte, Susu Dengan Perisa Kopi

So, nak dijadikan cerita... Semalam masa shopping barang dapur di Aiman mall, ternampak susu Anlene cafe latte. Sebungkus dijual dengan harga RM9.90 dan di dalamnya ada 7 paket.

Review anlene cafe latte

Sampai di rumah... Haus punya pasal. Ambik air cuckoo, Fiza bancuh... Buat sejuk lol. Al-maklumlah musim panas. Hehe...

Alhamdulillah... Sedap. Serius, menepati citarasa. Lemak² berkrim rasanya.

Semalam buat yang sejuk. Pagi ni breakfast Fiza try bancuh guna air panas pulak. So far so good... Berbaloi beli.

Cara bancuh susu anlene cafe latte

Cara Bancuh, mudah je. Ambik 200ml air dan masukkan 1 sachet. Sangat mudah.

Pendapat Tentang Susu Anlene berperisa Kopi

Ok, alang² dah minum... Nak jugak buat sedikit review tentang Anlene Cafe Latte ni.

Anlene perisa kopi

Pada Fiza ia memang sedap. Tak manis sangat dan lemak berkrim. Pendek kata, memang sedap. Lagi² bila bubuh ais... Pergh!!! Sedappp.

Nanti boleh repeat beli. Kan...

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak merasa Susu Anlene berperisa kopi.

Korang dah cuba tak?

Nukilan Rasa,
Fizacrochet

#Anlene
#Susuanlenecafelatte
#Susuanleneperisakopi

3 comments:

  1. Ye lah, saya punya free sample pun tak dapat lagi.. Tapi dah beli dah kopi ni.. Sedappp

    ReplyDelete
  2. sedap ek, boleh beli ni, kebetulan stok kopi 3 in 1 pun dah habis :D

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com