12 February 2019

Renew IC Di Pejabat Pos, Berapa lama Akan Siap?

Assalamualaikum, hai...
Renew IC Di Pejabat Pos, Berapa lama Akan Siap? | Alhamdulillah, semalam belah petang encik suami takde aktiviti di sekolah. So, kami suami isteri sepakat nak renew kad pengenalan. 

Kenapa perlu nak tukar IC? 

Haritu, masa cuti CNY... Encik suami nak keluarkan wang dari ASB. Sekali sistem tak detect cip pada IC. Enam kali staff bank try... Still tak dapat. Memandangkan encik suami nak renew IC, Fiza pun nak jugak... Nampak lusuh sangat dah kad pengenalan Fiza. Actually, sekarang dah boleh memperbaharui kad pengenalan secara online. Tapi, disebabkan malas nak isi itu ini... Kami memilih untuk renew je di pejabat pos.

Kami pun ke Pejabat Pos yang berdekatan memandangkan UTC jauh. Dengar cerita... Di UTC, terus dapat IC baru kalau kita buat pembaharuan pada hari yang sama. Tapi di pejabat pos yang kami pergi. IC baru akan siap selepas seminggu diperbaharui. Bermakna... Isnin next week, boleh dah ambik. Tak kisahlah... Janji prosesnya mudah dan pantas. Hehe...

Datang je... Staff comel lagi baik hati datang melayan. Rasanya tak sampai duapuluh minit kot... Ambik maklumat... Pap... Pap... Pap dia isi kat desktop. Then, buat thumbprint ibu jari kanan kiri. Tangkap gambar kat situ jugak. Dah settle.

Bagaimana pulak dengan bayaran untuk menukar IC di Pejabat Pos?

So far, tak kena denda pun. Tapi dikenakan bayaran sebanyak RM10 seorang. Alhamdulillah, akhirnya... Tercapai jugak hajat nak perbaharui kad pengenalan diri. Hehe...

Daftar online untuk asb
Sumber dari basri.my

Dah alang-alang di pejabat pos, Fiza try tanya pasal ASB jugak. Boleh ke tak daftar ASB untuk online. So far, boleh je... Kena isi satu borang. Tapi, malangnya masa Fiza nak register... Line internet dorang pulak problem. So, staff kat situ suruh datang balik bila-bila masa sebelah pagi. 

Nantilah, esok lusa ke... Kan? Hehe.

2 comments:

  1. Kalau buat kat pejabat pendaftaran boleh terus siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Next time buat IC anak² boleh try buat di JPN pulak. Terima kasih atas info Pakcik WP.

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com