12 February 2019

Ikan Buntal Masin Dan Labu Tumis Campur Daun Buas

Assalamualaikum, hai...
Ikan Buntal Masin Dan Labu Tumis Campur Daun Buas | Semalam makan tengah hari, kami berlaukkan ikan buntal masin, labu tumis daun buas dan epal sebagai dessert. Simple, tapi cukup mengenyangkan. Alhamdulillah... Syukur dengan rezeki yang ada.

Ikan Buntal!

Ikan Buntal Masin

Siapa pernah makan? Tak pun pernah tengok, tapi tak makan?

Di Sarawak, salah satu kampung yang terkenal dengan ikan buntal adalah kampung Manggut, Betong. Tiap kali musim ikan buntal, tiap kali tu jugak akan diadakan pesta buntal.

Actually, ikan buntal kalau tak reti buang racun pada hatinya... Ikan akan membahayakan si pemakan. That why, kalau nak makan... Kena ada yang mahir menyiangnya terlebih dahulu.

Labu tumis daun buas

Dulu pun Fiza tak reti nak makan. Tapi... Bila dah sekali merasa... Sampai sekarang memang suka makan. Hehe... Bila bercakap pasal ikan buntal... Teringat pulak Fiza dengan cikgu Nik dari Terengganu... Dulu pernah mengajar di sekolah tempat Fiza belajar. Dia... Lansung tak takut nak merasa ikan buntal, even macam-macam orang cerita pasal ikan buntal. Alih-alih, tiap kali balik bercuti mesti dia nak bawak balik ikan buntal masin. Haha... Sedap katanya.

Fiza suka makan ikan buntal masin dengan sayur kampung... Lebih-lebih lagi, bila ada sambal petai dan sayur midin. Fuh!!! Kacau punya selera boleh tambah dua pinggan nasi tau. Nikmat Allah apa lagi nak didustakan. Sampaikan encik suami pun terjebak sama makan... Padahal, mula-mula kawin dulu memang tak pandang pun si ikan buntal. Hehe...

Korang pernah makan tak?

5 comments:

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com