Assalamualaikum, hai...
Beli Masa Sale Je | Alhamdulillah... Sales di Watson pastinya di tunggu-tunggu. Kebiasaannya, Fiza lebih suka beli produk kosmetik di Watson bila ada potongan harga. Kebetulan hujung minggu starting on 18 Februari hingga Isnin, sales sampai 50%. Apalagi terus ajak encik suami shopping. Dia pun setuju sebab pencuci muka dia pun dah nak habis. Pucuk dicita, ulam mendatang... Hehe.

Walaupun tempat Fiza jauh dari Kuching. Now, dah ada dah watson terdekat di Betong. So, dipendekkan cerita... Sabtu kami empat beranak ke Betong. Dapatlah membeli dua benda idaman hati. Alhamdulillah...

Fiza lebih suka beli time sales. Produk yang harga 50 ke atas... Bolehlah dapat dengan separuh harga. Banyak separuh tu. Kan! Jimat. Macam Fiza... Nak dapatkan produk mahal kenalah beli waktu sales je. Sadis betul ayat. Haha...


Then, untuk produk yang Fiza beli... Fiza suka jenama essence ni. Color lembut, bau pun best... Tahan lama dan tidak berkecapuk. Sangat best...

Next... Maybe Fiza nak beli pencuci muka pulak. Nampak macam dah sikit. Weekend this week confirm ada sales lagi. Fiza tengok semenjak dua menjak ni... Selalu jugak watson dan guardian buat sales hujung minggu. Apalagi... Kena intai-intai selalulah jawabnye. Kan?