Assalamualaikum, hai...
Sedap Tak Aiskrim Oreo Kon Terbaru Dari Nestle ? | Tadi, sekitar 3 petang encik suami ajak temankan dia ke sekolah. Ada kerja, lupa nak bawak balik. So, kami bertiga termasuk Alia dan Ain temanlah dia ke sekolah kejap.
Balik dari sekolah, singgah kedai. Ain dan Alia nak makan aiskrim. Biasalah dorang... Dengan ayah, apa saje dorang mintak sah-sahlah dapat. Tapi, encik suami turut membeli aiskrim oreo kon untuk Fiza. Siap sorang satu ye.
Harga satu aiskrim oreo kon di tempat Fiza adalah RM3.60. Murah ke mahal. Kami dah lali. Tukar atau tak kerajaan, harga barang tetap mahal. Malas dah nak complain. Complain pun, lansung takde progress. Haipp!! Melalut pulak review heh. Ok! Tu part harga.
Part rasa pulak... SEDAP! Tapi sangat-sangat manis. Serius, Fiza tak boleh habiskan 1 kon tu yer. Sudahnya encik suami yang tolong habiskan. Hurmmm... Bila dah habis, encik suami siap buat penyataan... Haha.
Lepas ni tak nak belilah. Manis sangat.
Tu best on apa yang kami rasa ye. Lain orang lain citarasa. Mungkin ia sesuai buat mereka yang sukakan manis. Kan! Korang dah try tak aiskrim oreo terbaru ni?
15 Ulasan
Ooh manis sangat ka? Kalau macam tu cheq pun mesti tak akan suka ni, hihi 😀
BalasPadamPada Fiza yang x suka manis memang totaly out. Sekali sekala maybe bolehla kot. Kalau Fiza kena share baru boleh habis. 😂😀
Padamooo ada yang baru yer, esok zumal cuba
BalasPadamHa'ah Zumal. Bolehla try kot² tersuka. Lain orang lain citarasa. Hehe...
PadamTermakan 3 kali dah. Hehe...
PadamSy dh try yg stick...Boleh la..Not bad..Cover dia mmg coated with oreo semata ...jadi mase mkn mcm x sejuk sgt so xde sgt feel mkn aiskrim tu...Haha
BalasPadamFiza tak try lagi yang stick. Hehe... In Shaa Allah, nanti boleh cuba. 😊
PadamKamek pun dh sik tahan juak mun mkn benda manis gilak. Faktor usia kalik 😊
BalasPadamMbiak, mkin manis mkin gik rindok cdak nya
Yalah... Dolok gik mudak suka benda² manis. Bila dah berusia tok... Sik berapa gilak dah gik dengan benda² manis. 😄
Padamtak try lagiii tapi tengok harga dekat 4 hengget tuuuu tatau la nak beli ke tak. haha
BalasPadamKan... Tapi, Fiza rasa tempat lain murah lagi kot.
PadamManis ya...biasa kalau manis jadi muak..
BalasPadamSinggah dan follow..😊
Terima kasih sebab sudi follow blog Fiza.
PadamBetul tu. Kekadang benda² manis ni cepat muak.
sedap sedap sedap
BalasPadamRaihanah sama macam anak² Fiza. Dorang pun kata sedap. Cuma mak dorang je x berapa nak suka.
PadamTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
fizalinolie@gmail.com