Mee Goreng Kuning Sedap Tanpa Bau Kapur

Assalamualaikum, hai...
Mee Goreng Kuning Sedap Tanpa Bau Kapur | Favourate mee encik suami adalah mee kuning. So, bila tahu encik suami suka makan... Fiza try masak sehabis baik. Dulu, masa mula-mula kawin Fiza masak mee kuning macam masak mee biasa je. Tumbuk bahan, bubuh kicap sos dan add-onn ayam daging ke. Lepas cuci mee kuning... Terus masukkan mee. Goreng macam biasa. Dah siap!

Tapi... Satu Fiza tak suka dan tak lalu nak makan, bila bau kapur dalam mee tersebut masih kuat. Allahu akhbar, terus terbantut nafsu nak makan. 

Bila dah berjinak dalam dunia blog... In Shaa Allah, saban hari Fiza cuba mengasah skill memasak yang sedia ada. Ramai jugak instafamous yang terror dalam dunia masakan Fiza follow. Ekekeke... So far, serius... Sangat-sangat membantu. Dorang bukan je ajar memasak, malah bagi tips dan petua lagi dalam masakan. 

Mee goreng kuning sedap tanpa bau kapur

Fiza tak ingat dah, kat IG masakan siapa entah yang share petua bagaimana nak hilangkan bau kapur dalam mee  kuning. So far, Fiza ikut sebijik petua dia... Di mana, cuci bersih mee kuning. Then, rendamkan mee tersebut yang telah dimasukkan sedikit gula dalam masa 15 minit before digoreng. Serious, memang hilang. Alhamdulillah...

Lagi satu, nak mudah untuk dapatkan mee goreng kuning yang sedap macam kat kedai... Fiza guna perencah mee goreng adabi je. Mudah dan sedap. Panaskan minyak sikit, masukkan perencah. Add-onn bahan seperti sotong, udang atau ayam ke. Kemudian, masukkan sayur. Pecah telur. Last sekali, masukkan mee. Siap untuk dihidang. Bubuh limau, cili dan bawang goreng... Perghhh!!! Boleh bertambah dibuatnya. Anak-anak pun suka. Tapi, untuk harini Fiza buat simple je tanpa sayur. Letak ayam je pun.

Alhamdulillah, rezeki breakfast pagi ni yang cukup mengenyangkan. Nikmat apalagi nak didustakan... Kan!

Post a Comment

8 Comments

  1. Terus rasa nak buat mee goreng....alaaaa....lapar

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak masak mee goreng, nanti nak beli bahan2 la

    ReplyDelete
  3. Mun kamek masuk aik mdidih, kirah ngan aik sejuk, leka ea baru ngoreng. Klk ikut petua ngerendam dlm aik sejuk cpr gula

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak tips ni.. Esok Aien praktis.. Lama dah rasanya tak makan mee kuning .. ^^

    ReplyDelete
  5. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  6. selepas rendam dengan air gula tu tak perlu bilas ke?

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita